Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Putera Philip, 97 tahun, tidak cedera walau kereta yang dipandunya terbabas

Jan 19, 2019 | 09:14 PM



 





LONDON: Putera Philip, 97 tahun,  suami Ratu Elizabeth, kini sedang berehat di tempat kediaman mereka di Timur England selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya.



Kereta Land Roveryang sedang dipandu Putera Philip terbalik selepas berlanggar dengan kereta lain, tetapi beliau tidak mengalami sebarang kecederaan.



Kemalangan itu berlaku di jalan raya berhampiran tempat kediaman privet mereka di Sandringham di Norfolk, kata Istana Buckingham.



Pemandu kereta yang berlanggar dengan Putera Philip itu, seorang wanita, dan dua penumpangnya - seorang lagi wanita dan seorang bayi -  memerlukan rawatan di hospital bagi kecederaan kecil.



Sebaliknya, Putera Philip tidak cedera, tetapi berada dalam keadaan terkejut.



Menurut polis, kededua pemandu menjalani ujian bagi menentukan kandungan arak dalam tubuh - mengikut dasar kemalangan sebegitu - dan keputusan ujian adalah negatif.



Kemalangan itu merancakkan perbincangan awam tentang peri pentingnya had usia bagi pemandu di England.



Seorang pengguna jalan raya, menulis di Facebook, berkata Putera Philip, yang juga Duke of Edinburgh, hampir berlanggar dengannya sebelum kemalangan itu, menurut akhbar The Sun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >