SEORANG pengasuh bayi didapati bersalah semalam kerana meracun dua bayi di bawah penjagaannya dengan pelbagai jenis ubat, termasuk ada yang digunakan untuk merawat insomnia dan gangguan kegelisahan.
Setelah perbicaraan, Hakim Daerah John Ng mensabitkan Sa'adiah Jamari, 39 tahun, atas dua tuduhan memberi racun kepada kanak-kanak perempuan kecil itu dengan niat untuk mencederakan mereka dalam insiden berasingan pada November dan Disember 2016.