Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Radikalisme kian meningkat di rantau ini: Shanmugam

Jul 05, 2016 | 09:12 AM



BEBERAPA serangan pengganas baru-baru ini yang dikaitkan dengan kumpulan pengganas Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS) - termasuk ke atas sebuah bar dekat Kuala Lumpur minggu lalu - tidak mengejutkan, kata Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Uundang, Encik K. Shanmugam, pada Isnin (4 Julai) malam.



Polis Malaysia mengesahkan pada Isnin bahawa letupan bom tangan di kelab malam Movida di Puchong, Selangor, mencederakan lapan orang, adalah serangan ISIS pertama yang berjaya di bumi Malaysia.



Bercakap semasa lawatan ke bazar Hari Raya di Geylang Serai, Encik Shanmugam berkata radikalisme semakin meningkat di rantau ini.



"Kita tahu lebih seribu orang telah pergi dari rantau ini untuk melawan di Timur Tengah dan sebahagian daripada mereka berupaya merancang serangan melalui proksi di rantau ini," katanya.



Beliau berkata kekejaman baru-baru ini, termasuk di Istanbul dan Dhaka, berlaku pada Ramadan.



"Hakikat mereka memilih untuk menyerang sekalipun dalam bulan ini menunjukkan tahap kejahatan itu," ujar Encik Shanmugam. "Apa yang kita boleh lakukan ialah menyiapkan diri kita, yang kita telah lakukan."



Semalam, Encik Shanmugam turut memuji pegawai polis anggota Perkhidmatan Negara (NS) terlibat dalam operasi polis di bazar itu. Ini termasuk merancang pengerahan anggota NS dan rondaan kawasan itu.



"Mereka bangga, mereka mengambil tanggungjawab dan mereka melakukan kerja yang sangat baik," katanya.



Bazar yang telah berjalan selama sebulan itu berakhir pada Selasa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >