Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Raeesah Khan mungkin bohong dalam pesanan WhatsApp kerana kondisi kesihatan mental, 'disosiasi': Pritam Singh

Dec 12, 2021 | 09:49 PM



CIK Raeesah Khan mungkin mengalami kecelaruan disosiasi yang mungkin menyebabkan beliau berbohong dalam pesanan WhatsApp kepada pembantunya bahawa beliau diberitahu pemimpin parti agar merahsiakan pembohongannya hingga ke liang lahad, jelas Ketua Parti Pekerja (WP) dan Ketua Pembangkang, Encik Pritam Singh, pada Jumaat (10 Disember).



Memberikan bukti kepada Jawatankuasa Hak Istimewa, Encik Pritam berkata Cik Raeesah memberitahu panel disiplin pada 29 November mengenai kondisi kesihatan mental yang dikatakan dialaminya.



"Ini adalah kali pertama saya mendengar tentangnya. Saya tanya kepadanya apa itu disosiasi. Beliau berkata, "Ia adalah ketika saya berbual tanpa berfikir'," ujar Encik Pritam. "Saya bertanya kepadanya, 'Tidakkah awak fikir ini berbahaya buat seorang Anggota Parlimen (AP)?' Dan beliau kata, 'ya'.



"Mungkin membantu bagi pihak jawatankuasa mengusahakan laporan psikiatrik atau penilaian terhadap Cik Raeesah." 



Encik Pritam berkata kenyataan Cik Raeesah bahawa pemimpin kanan WP telah memberitahunya pada 8 Ogos agar teruskan pembohongan itu selepas Cik Raeesah membuat pengakuan kepada mereka "adalah pembohongan semata-mata".



Sewaktu sidang pada 10 Disember - di mana Jawatankuasa Hak Istimewa mengeluarkan laporan khas ketiga - Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Edwin Tong, telah meminta Encik Pritam agar memberi sebab mengapa Cik Raeesah berbohong dalam pesanan WhatsApp kepada dua pembantu WP-nya.



Tidak lama selepas beliau bertemu Encik Pritam, Cik Sylvia Lim dan naib pengerusi WP, Encik Faisal Manap pada 8 Ogos, Cik Raeesah memberitahu penolongnya bahawa pemimpin WP memberitahunya agar merahsiakan pembohongan tentang dirinya menemani mangsa serangan seksual ke balai polis.



Pada waktu itulah, Encik Pritam berkata kecelaruan disosiasi yang diakui Cik Raeesah mungkin adalah faktor relevan. 



"Apakah (disosiasi yang diakuinya) ini satu penipuan? Pada saya, mungkin. Tetapi kalau kita berbual tentang kebersalahan dan kekadaran, saya fikir ia mungkin membantu (untuk menyebutnya)."



Kecelaruan disosiasi adalah kondisi kesihatan mental di mana seseorang terpisah daripada pemikiran dan perasaannya, dan ini boleh membawa kesan pada fungsi hari demi harinya. Ia boleh membawa pada emosi yang tidak terasa apa-apa, sesuatu rasa bahawa dirinya adalah orang yang berlainan dan unsur masa yang diubahsuai.



Sesetengah sebabnya adalah trauma masa silam termasuk serangan seksual atau fizikal.



Encik Tong kemudian menyatakan bahawa Encik Pritam pada awalnya berkata bahawa tiada apa dalam prestasi umum Cik Raeesah selaku Anggota Parlimen nampak di luar kebiasaan, lantas menyifatkan penjelasan dan usulannya agar pihak jawatankuasa menilai kesihatan mental Cik Raeesah, sesuatu yang "agak tidak wajar".



"Saya tidak pasti tentang peristiwa yang anda nyatakan pada 29 November menjadi dasar bagi kami mendapatkan penilaian psikiatrik buat Cik Raeesah," kata Encik Tong. "Saya fikir kami tahu mengapa anda mengemukakan saranan ini."



Selepas itu, Encik Tong bertanya Encik Pritam lagi apakah sebab Cik Raeesah perlu berbohong kepada pembantunya - "orang-orang yang rapat dengannya dan membantunya" - Encik Pritam berkata episod itu menunjukkan Cik Raeesah mempunyai tabiat berbohong.



Beliau kemudian bersetuju dengan penjelasan perwatakan Cik Raeesah yang beliau berikan awal sebelum ini bahawa "Cik Raeesah mungkin mempunyai masalah".



Sewaktu sidang itu, Encik Pritam juga mengemukakan isu bahawa tidak seorang pun daripada dua pembantu Cik Raeesah - Cik Loh Pei Ying dan Encik Yudhishthra Nathan - telah memberitahu Jawatankuasa Hak Istimewa bahawa Encik Pritam telah memberitahu mereka bahawa beliau telah mengarahkan Cik Raeesah agar terus berbohong.



"Ini adalah ingatan Cik Raeesah kepada mereka," katanya.



Cik Loh dan Encik Nathan awal sebelum ini telah memberi bukti kepada Jawatankuasa Hak Istimewa bahawa mereka menemui Encik Pritam pada 12 Oktober di mana Encik Pritam menjelaskan beliau telah memberitahu Cik Raeesah pada 3 Oktober bahawa beliau tidak akan menilainya, sesuatu yang mereka fahami bermaksud ia merupakan keputusan Cik Raeesah untuk memperjelas pembohongannya atau tidak.



Encik Pritam menambah Cik Loh dan Encik Nathan "mempunyai tanggapan yang terpencong" mengenai apa yang beliau sampaikan kepada Cik Raeesah, kemungkinan kerana mereka melindungi Cik Raeesah.



Encik Tong menyatakan bahawa Cik Loh, anggota kader WP, yang sebelum ini merupakan penolong setiausaha Encik Pritam. Beliau bertanya jika Encik Pritam mengingati peristiwa di mana beliau berbual tentangnya dengan kata-kata pujian sewaktu rapat pilihan raya pertama Encik Pritam pada 2011, di mana Encik Pritam menjawab: "Ya, itu adalah 10 tahun lalu."



Encik Tong memberitahu Encik Pritam bahawa Cik Raeesah tiada sebab untuk berbohong dengan anggota sekutu terdekatnya, memandangkan beliau telah membuat pengakuan tentang pembohongannya di Parlimen kepada kepimpinan WP, Cik Loh dan Encik Nathan, serta berbual kepada teman-temannya dalam kumpulan tertutup.



Encik Pritam menjawab: "Rendisi ini (oleh Cik Raeesah) mengenai apa yang terjadi adalah pemalsuan sepenuhnya semata-mata. Ia adalah pembohongan, pembohongan kosong."



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >