Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Raeesah letak jawatan; J'kuasa Hak Istimewa teruskan tugas teliti aduan

Laporan akan dibentang di Parlimen dalam masa terdekat
Dec 02, 2021 | 05:30 AM



JAWATANKUASA Hak Istimewa yang sedang meneliti aduan terhadap bekas Anggota Parlimen (AP) Parti Pekerja (WP), Cik Raeesah Khan, setelah beliau mengaku berbohong di Parlimen, akan meneruskan tugas mereka, kata Setiausaha Dewan Parlimen semalam.



Jawatankuasa itu juga akan membentangkan laporannya kepada Parlimen dalam masa terdekat.



Pejabat Setiausaha Dewan Parlimen menyatakan demikian dalam satu kenyataan berikutan surat peletakan jawatan sebagai AP GRC Sengkang yang diberikan Cik Raeesah kepada Speaker Parlimen, Encik Tan Chuan-Jin, pada 10.47 malam kelmarin.



AP lain juga sudah diberitahu tentang peletakan jawatan Cik Raeesah pada Rabu, kata setiausaha itu.



Setiausaha tersebut menambah bahawa Akta Parlimen (Keistimewaan, Kekebalan dan kuasa) mengawal kelakuan AP dan orang lain berhubung dengan prosidingnya dan boleh memanggil mana-mana individu untuk hadir di hadapan jawatankuasa untuk memberi keterangan pada bila-bila masa sebelum laporannya ditutup.



Pada 1 November lalu, Cik Raeesah, 27 tahun, mengaku telah berbohong di Parlimen mengenai butiran kes serangan seksual yang didakwanya salah dikendalikan oleh polis.



Berikutan pengakuannya itu, Ketua Dewan, Cik Indranee Rajah, membangkitkan aduan rasmi terhadap Cik Raeesah kerana melanggar hak istimewa parlimennya dan meminta perkara itu dirujuk kepada Jawatankuasa Hak Istimewa Parlimen.



Sehari kemudian, WP berkata ia telah membentuk panel disiplin untuk menyiasat pengakuan Cik Raeesah.



Malam kelmarin, WP mengumumkan melalui catatan di Facebook bahawa Cik Raeesah telah meletak jawatan daripada parti tersebut, sekali gus bermakna beliau meletakkan jawatan sebagai AP.



WP berkata para pemimpinnya telah mengadakan mesyuarat pada 8 malam Selasa untuk mempertimbangkan dan memutuskan cadangan jawatankuasa tatatertibnya.



Ia juga menambah bahawa pada 4.30 petang Selasa, Cik Raeesah telah memberitahu ketua WP, yang juga Ketua Pembangkang, Encik Pritam Singh, niatnya meletak jawatan daripada parti tersebut.



Cik Raeesah kemudian menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat dan menyampaikan secara peribadi hasratnya untuk meletak jawatan, tambah WP.



Parti itu akan mengadakan sidang media hari ini untuk memberi maklumat lanjut mengenai perkara itu dan berkongsi rancangannya untuk memastikan penduduk Sengkang, terutama di Compassvale kawasan Cik Raeesah berkhidmat, akan terus dijaga dan diwakili.




SEKILAS



Cik Raeesah Khan, 27 tahun, menjadi Anggota Parlimen (AP) selepas Pilihan Raya Umum 2020.



Beliau menganggotai pasukan Parti Pekerja (WP) yang bertanding dan menang di GRC Sengkang.



Dalam pilihan raya itu, pasukan WP di GRC itu menang dengan mendapat 52.12% undi, mengalahkan pasukan Parti Tindakan Rakyat (PAP).



Di GRC itu, Cik Raeesah mewakili kawasan undi Compassvale.



Beliau ialah AP termuda dalam Parlimen ke-14 Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >