Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

JAWATANKUASA HAK ISTIMEWA PARLIMEN

Raeesah tidak alami gangguan psikiatri

Dec 24, 2021 | 05:30 AM



Jawatankuasa Hak Istimewa (COP) menerbitkan Laporan Khas Keenam kepada Parlimen pada 22 Disember, selepas ia mendengar hujah bekas anggota Parti Pekerja (WP) dan bekas Anggota Parlimen GRC Sengkang, Cik Raeesah Khan dan Dr Christopher Cheok, Pemangku Ketua dan Konsultan Kanan di Jabatan Psikiatri Forensik di Institut Kesihatan Mental. Awal dari itu, ketua WP, Encik Pritam Singh, telah meminta penilaian psikiatri dilakukan ke atas Cik Raeesah, menyusuli dakwaan beliau bersama pemimpin kanan WP lain, Cik Sylvia Lim dan Encik Faisal Manap, mengenai keadaan mental Cik Raeesah.



BEKAS Anggota Parlimen (AP) Parti Pekerja (WP), Cik Raeesah Khan, tidak mengalami sebarang gangguan psikiatri yang ketara yang akan menjejas keupayaannya untuk bercakap benar di Parlimen, kata seorang pakar perubatan ketika memberi keterangan di hadapan Jawatankuasa Hak Istimewa Parlimen (COP).



Sebaliknya, Cik Raeesah dinilai "berfikiran waras" dan "cergas mental" untuk membuat kenyataan yang beliau nyatakan di Parlimen dan di hadapan jawatankuasa itu antara 3 Ogos dengan 3 Disember, kata Dr Christopher Cheok, yang merupakan pemangku ketua jabatan psikiatri forensik di Institut Kesihatan Mental (IMH).



Dalam laporan khas keenam yang dikeluarkan oleh Parlimen pada Rabu, Dr Cheok berkata Cik Raeesah tidak mengalami sebarang gangguan psikiatri yang akan mendorongnya untuk bercakap tidak benar.



Dr Cheok, yang merupakan konsultan kanan di IMH dan seorang pakar psikiatri melalui latihan, menilai Cik Raeesah pada 17 dan 20 Disember dengan persetujuannya, selepas jawatankuasa itu menjemputnya untuk penilaian psikiatri.



Ini berlaku selepas Ketua Pembangkang dan Ketua WP, Encik Pritam Singh, mencadangkan dalam keterangannya minggu lalu agar jawatankuasa itu meminta penilaian psikiatri terhadap Cik Raeesah, yang menurutnya mungkin cenderung untuk berbohong kerana keadaan mental "disassociation" yang dialaminya, dan bahagian penting buktinya di hadapan jawatankuasa itu mungkin tidak boleh dipercayai, kata jawatankuasa tersebut.



Pemimpin WP lain - pengerusi Cik Sylvia Lim dan naib pengerusi Encik Faisal Manap - juga telah membuat beberapa penegasan berhubung keadaan mental Cik Raeesah dalam keterangan mereka kepada jawatankuasa itu, kata laporan tersebut.



Selepas itu, jawatankuasa tersebut memutuskan untuk bersetuju dengan permintaan Encik Pritam untuk penilaian psikiatri.



Cik Raeesah, yang pada November mengaku berbohong dalam anekdot yang ditimbulkannya di Parlimen berkaitan dengan serangan seksual, telah berkongsi bahawa beliau sendiri pernah menjadi mangsa serangan seksual.



Dalam keterangannya, Dr Cheok berkata bahawa ia adalah reaksi biasa bagi seseorang yang telah melalui pengalaman traumatik untuk terus mengalami keresahan apabila bercakap mengenai topik itu. Ini tidak bermakna orang itu akan mengalami gangguan atau kecacatan mental.



Dalam kes Cik Raeesah, walaupun beliau mungkin terus berasa kecewa tentang beberapa kenangan itu, pertimbangan dan keupayaannya membuat keputusan tidak terjejas dan beliau mempunyai fikiran yang waras.



Dr Cheok juga berkata Cik Raeesah tidak mengalami gangguan tekanan selepas trauma dan tidak mengalami pemisahan antara 3 Ogos dengan 3 Disember.



Selain dua kali yang beliau menilai Cik Raeesah, Dr Cheok juga menemu bual suaminya dan menyemak rakaman berkaitan Cik Raeesah bercakap di Parlimen pada 3 Ogos, 4 Oktober dan 1 November, serta keterangannya di hadapan jawatankuasa pada 2 dan 3 Disember.



Ketika ditanya mengenai keadaan mental Cik Raeesah pada 3 Ogos apabila beliau mula-mula menyebut anekdot yang mengandungi perkara tidak benar di Parlimen, Dr Cheok berkata ucapan itu tidak disampaikan secara impulsif mahupun akibat sebarang gangguan psikiatri.



Ada kemungkinan bahawa pembohongan seperti itu boleh diberitahu akibat pertimbangan yang buruk dan bukannya kerana sebarang penyakit mental, tambahnya.



Laporan itu menambah bahawa Dr Cheok memberi keterangan bahawa Cik Raeesah tidak mengalami sebarang gangguan psikiatri yang akan mendorongnya untuk bercakap perkara yang tidak benar.



"Setelah menjalankan kerjayanya selama lebih 25 tahun, beliau berkata bahawa orang yang mengalami gangguan psikiatri pada umumnya tidak memberitahu perkara yang tidak benar lebih kerap daripada manusia lain," katanya.



Beliau menjelaskan bahawa dari segi orang awam, disosiasi adalah simptom, bukan diagnosis perubatan. Ia merujuk kepada kehilangan fungsi integratif minda manusia, dan mungkin juga dialami oleh orang biasa dalam situasi yang berbeza.



Cik Raeesah telah memberitahunya bahawa ahli psikoterapinya berkata beliau mengalami disosiasi.



"Berdasarkan perbualannya dengan Cik Raeesah, Dr Cheok tidak percaya bahawa beliau memahami sepenuhnya apa itu disosiasi," kata laporan itu.



Ketika ditanya tentang kemungkinan gangguan identiti disosiasi, Dr Cheok berkata ia adalah gangguan yang berbeza dan sangat jarang berlaku.



Sering disebut gangguan identiti berbilang, mereka yang mengalami gangguan itu lazimnya mengalami trauma zaman kanak-kanak yang berulang, dan akan bertukar antara identiti yang berbeza atau bercakap dengan suara yang berbeza.



"Dr Cheok berkata bahawa Cik Raeesah pastinya tidak menepati gambaran ini," kata laporan itu.



Ditanya bagaimana untuk menyelaraskan penemuannya mengenai kesihatan mental Cik Raeesah dengan bukti pemimpin WP bahawa beliau akan menjadi emosi apabila serangan seksualnya disebut, Dr Cheok berkata serangan seksual adalah "salah satu pengalaman paling traumatik yang pernah dilalui seseorang".



"Adalah perkara biasa dan boleh difahami bagi mangsa yang terselamat untuk menunjukkan emosi apabila topik itu timbul. Malah, bercakap tentang serangan seseorang secara jelas, tanpa emosi, adalah perkara yang tidak normal (berbanding menjadi emosi apabila bercakap tentang serangan seseorang)," kata laporan itu.



Sedang Dr Cheok tidak menafikan bahawa Cik Raeesah mempunyai beberapa simptom trauma psikologi, beliau berpandangan bahawa simptom itu tidak mencapai ambang gangguan psikiatri.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >