Subuh
5:40
Syuruk
7:04
Zuhur
1:11
Asar
4:35
Maghrib
7:15
Isyak
8:30

Raeesah ulangi kenyataan pemimpin parti nasihati beliau kekal pembohongan

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

JAWATANKUASA HAK ISTIMEWA PARLIMEN

Raeesah ulangi kenyataan pemimpin parti nasihati beliau kekal pembohongan

Dec 24, 2021 | 05:30 AM

BEKAS Anggota Parlimen Parti Pekerja (WP) Cik Raeesah Khan tetap berpegang pada kenyataannya bahawa pemimpin parti pembangkang telah menasihatinya supaya mengekalkan pembohongan yang dibuatnya di Parlimen yang akhirnya menyebabkan beliau meletak jawatan daripada parti itu.

Beliau menegaskan, dalam keterangannya kepada sebuah jawatankuasa parlimen, bahawa ketua WP Encik Pritam Singh telah menggunakan perkataan "bawanya ke kubur" semasa mesyuarat 8 Ogos di mana beliau mula-mula mengaku kepadanya, pengerusi WP Cik Sylvia Lim dan naib pengerusi Encik Faisal Manap bahawa beliau telah berbohong di Parlimen pada 3 Ogos.

Dalam penampilan kedua beliau di hadapan Jawatankuasa Hak Istimewa Parlimen (COP) yang menyiasat kelakuannya kerana memalsukan butiran tentang pengendalian polis ke atas sebuah kes serangan seksual, beliau juga menafikan keterangan yang diberikan sebelum ini oleh pemimpin WP kepada jawatankuasa itu.

Cik Raeesah, yang dilantik sebagai ahli parlimen untuk GRC Sengkang tahun lalu, juga tidak bersetuju "sepenuhnya" dengan kenyataan Encik Pritam sebelum ini bahawa beliau telah menyatakan "penipuan yang lengkap dan nyata" dan "pembohongan kosong" dengan mengatakan bahawa pemimpin WP telah menasihatkan untuk tidak mendedahkan pembohongan itu.

Dalam rakaman video yang dikeluarkan pada Rabu oleh jawatankuasa itu, beliau memberikan versinya tentang apa yang berlaku dalam mesyuarat 8 Ogos itu.

Pada pertemuan itu, Cik Raeesah telah menjelaskan bahawa beliau berbohong kerana beliau telah mengalami episod traumatik sebagai mangsa serangan seksual yang serius.

"Selepas saya membuat pengakuan itu (mengenai pembohongan), sudah tentu ada perbincangan tentang kesejahteraan saya, yang saya fikir betul kerana saya baru sahaja berkongsi pengalaman peribadi yang sangat mendalam yang saya alami," katanya kepada jawatankuasa itu pada Rabu.

"Dan perbincangan selepas itu ialah kami tidak akan meneruskan perkara itu lagi. Dan, seperti dalam mesej saya, Encik Singh menggunakan perkataan 'bawanya ke kubur'."

Cik Raeesah merujuk kepada mesej teks yang dihantarnya kepada anggota WP Cik Loh Pei Ying dan Encik Yudhishthra Nathan sejurus selepas pertemuan itu, di mana beliau berkata pemimpin parti itu telah "bersetuju bahawa perkara terbaik untuk dilakukan ialah membawa maklumat itu ke kubur".

Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia yang juga Menteri Kedua Undang-undang Encik Edwin Tong, yang menganggotai jawatankuasa itu, kemudiannya cuba mengesahkan bahawa perkataan "bawa ke kubur" datang daripada Encik Pritam, yang merupakan ketua pembangkang, dan dalam kehadiran Cik Lim dan Encik Faisal.

"Adakah anda sangat jelas tentang itu? Adakah itu ingatan anda?" tanya beliau.

Cik Raeesah berkata: "Ya, saya sangat jelas... Ia bukan frasa yang biasa saya gunakan. Jadi ia bukan daripada saya."

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3