Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Rafaat: Jangan sesekali cuba dadah dan fikir tidak akan 'sangkut'

Mar 11, 2018 | 05:30 AM



JANGAN sesekali mengambil dadah dan berfikir anda tidak akan ketagih, kata pengarah dan pelakon, Encik Rafaat Hamzah.



"Itu mitos yang sangat bahaya. Sekuat-kuat saya yang mencuba dadah apabila remaja dahulu, saya tidak sangkut pada mulanya tetapi itu yang membuat saya yakin tidak akan sangkut apabila mencuba lagi.



"Kita boleh menjadi orang yang pandai, terpelajar, beriman pun, kalau cuba, belum tentu kita tidak akan tersangkut," ujarnya kepada Berita Minggu.



Beliau ditemui pada Hari Kesedaran Ketagihan Nasional (NAAD) di Our Tampines Hub (OTH) semalam dan menjadi seorang anggota panel yang mengongsi pengalamannya mengenai penagihan dalam acara itu.



Encik Rafaat, 52 tahun, telah menghabiskan sekitar setahun di penjara pada 2014 hingga 2015 akibat penyalahgunaan dadah Ice.



Mesejnya kepada mereka yang tidak pernah mengambil dadah: jangan terjerat.



"Mereka mungkin tidak terfikir mengambilnya tetapi apabila mereka ditawarkan, jangan sesekali cuba kerana anda tidak boleh mengatasinya. Ini 'setan' yang amat besar."



Kepada mereka yang sedang menghadapi ketagihan pula, Encik Rafaat menggesa mereka supaya mendapatkan bantuan.



"Perjalanan saya untuk melepaskan ketagihan adalah satu perkara yang bukan mudah tetapi bukan mustahil.



"Kembalilah kepada kepercayaan kita. Kita ada agama, budaya, masyarakat dan keluarga. Inilah antara faktor yang boleh membuat kita positif menjalani kehidupan," ujarnya.



Diadakan buat kali keempat, NAAD tahun ini dianjurkan Perkhidmatan Pengurusan Ketagihan Nasional (NAMS) bersama Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) North East.



Turut hadir dalam acara itu ialah Setiausaha Parlimen (Kesihatan merangkap Ehwal Dalam Negeri), Encik Amrin Amin.



Dalam ucapannya, Encik Amrin menarik perhatian bahawa lebih ramai tampil mendapatkan khidmat jagaan pesakit luar di NAMS, yang terletak di Institut Kesihatan Mental (IMH).



"Ini bermakna mereka bersedia mendapatkan bantuan dan ini harus memberi inspirasi kepada orang lain untuk melakukan sedemikian agar mereka tidak menderita dengan ketagihan dalam diam," ujarnya.



NAMS berkata seramai 1,738 pesakit baru mendapatkan bantuan bagi penagihan pada tahun kewangan 2016, satu kenaikan 72 peratus berbanding 1,008 pesakit pada tahun kewangan 2008.



Tiga penagihan yang paling kerap ditangani ialah dadah, arak dan judi.



Naib Pengerusi CDC North East, Encik Shamsul Kamar, berkata pihak CDC akan mengadakan kegiatan seperti ceramah dan bengkel dan memastikan usaha memupuk kesedaran itu dilakukan secara berterusan.



Sementara itu, Encik Rafaat merenung perjalanannya sejak beberapa tahun lalu. Ditanya apakah beliau mempunyai apa-apa penyesalan, beliau berkata:



"Saya telah hilang keluarga dan kawan-kawan terdekat. Itu yang sangat saya kesalkan.



"Tetapi pengalaman itu juga telah mengubah saya. Kalau tidak kerana apa yang dilalui, saya mungkin tidak buat apa yang buat sekarang. Saya mungkin tidak lebih tenang daripada sekarang."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >