Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MENJELANG PERBARISAN HARI KEBANGSAAN (NDP) 2019 (3 HARI LAGI)

Ragam rasa Rahimah Rahim

Aug 07, 2019 | 05:30 AM



TAHUN ini bukan kali pertama penyanyi bersuara lunak Rahimah Rahim, 63 tahun, membuat persembahan dalam Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP).



Malah, ini kali ketiga beliau beraksi dalam sambutan tahunan itu.



Sungguhpun demikian, hatinya tetap diisi rasa bangga atas peluang yang diberi.



Apatah lagi, NDP tahun ini sempena Bicentennial Singapura. Ini juga persembahan pertamanya di Padang.



Bersama penyanyi lain seperti Clement Chow dan Jacintha Abisheganaden, Cik Rahimah akan menyanyikan lagu Singapura Kita dalam penutup NDP.



"Saya rasa ini suatu keistimewaan dapat membuat persembahan sempena tahun Bicentennial Singapura.



"Saya juga sudah 57 tahun menceburi bidang seni. Apabila menerima peluang sebegini, saya amat menghargai.



"Kali pertama saya membuat persembahan di NDP ialah sempena SG50 di Pentas Terapung Marina Bay dan kini di Padang sempena Bicentennial Singapura.



"Tentunya bermakna bagi saya diberi peluang ini," ujarnya.



Cik Rahimah bertatih dalam dunia seni di Singapura pada usia enam tahun. Beliau aktif hingga sekarang.



Selain NDP, beliau sibuk menyerikan barisan acara lain.



Baru-baru ini, beliau terlibat dalam rancangan Sian Chay Bonding With Love.



Rancangan tersebut diadakan buat julung-julung kalinya bagi mengumpul dana buat institusi perubatan tradisional Cina (TCM) Sian Chay pada 7 Julai lalu.



Dibantu Sia Yeun, penyanyi jaz setempat yang terlatih dalam nyanyian dwibahasa Inggeris dan Mandarin, Cik Rahimah berjaya memperhalusi sebutan Mandarin.



Beliau menyampaikan lagu rakyat Wang Zhaojun dalam rancangan amal itu.



Beliau juga sibuk menjadi sebagai duta kempen Generasi Merdeka dan menghadiri jerayawaranya.



Pada 10 Ogos nanti, beliau akan menjayakan pula Konsert Hari Kebangsaan Taman di Persisiran.



Akhir kata, beliau berharap dapat meneruskan kerja kemasyarakatan.



"Saya ingin menyumbang semula kepada masyarakat dengan melakukan kerja amal.



"Saya juga banyak menumpukan perhatian terhadap kerja sebagai duta Generasi Merdeka dan komitmen persembahan di NDP," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >