Rahat pemimpin M'sia-S'pura wadah bincang isu dua hala
Apr 09, 2019 | 05:30 AM
DARI PUTRAJAYA, MALAYSIA: PERDANA Menteri Lee Hsien Loong dijadualkan bertemu rakan sejawatannya, Tun Dr Mahathir Mohamad, hari ini sempena Rahat Pemimpin Singapura-Malaysia Kesembilan.
Pertemuan tahunan itu merupakan wadah penting bagi kedua-dua pemimpin membincangkan isu dua hala serta meneroka bidang kerjasama baru.