Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Rahat Pemimpin S'pura-Indon: Vivian tidak ke Bintan, asingkan diri, mungkin terdedah pada Covid-19

Jan 25, 2022 | 10:41 AM



Menteri Ehwal Luar Dr Vivian Balakrishnan  tidak akan menghadiri Rahat Pemimpin Singapura-Indonesia di Bintan hari ini (25 Jan) kerana telah menerima Amaran Risiko Kesihatan (HRW) dan terpaksa mengasingkan diri.



Mengikut maklumat di laman web Kementerian Kesihatan (MOH) orang yang diberikan HRW telah dikenal pasti sebagai kontak rapat kes positif Covid-19 atau anggota isi rumah kes positif Covid-19. Beliau perlu mengambil ujian ART dalam tempoh 24 jam mendapat perintah itu dan memantau kesihatan selama seminggu.



Menulis di Facebook, Dr Vivian berkata beliau telah terdedah kepada satu kes yang berpotensi positif bagi Covid-19 dan telah menguji dirinya sebagai negatif.





“Saya akan menjalani tempoh pemantauan selama tujuh hari dan tidak akan pergi ke Rahat Pemimpin di Bintan,” katanya.



Menteri Negara Kanan (Ehwal Luar) Cik Sim Ann akan mengantikan tempat beliau di Rahat itu.



Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, akan memulakan lawatan ke Bintan pada Selasa (25 Jan) bagi Rahat Pemimpin Singapura-Indonesia yang dihoskan Presiden Indonesia, Encik Joko ‘Jokowi’ Widodo.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >