Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Rahayu bangga sumbang pertingkat profesionalisme Mendaki

Selepas tiga tahun menyandang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Yayasan Mendaki, Cik Rahayu Buang bakal mengundurkan diri esok. BERITA HARIAN meninjau antara pahit manis perjalanannya memacu terus kejayaan pertubuhan berusia hampir 40 tahun itu.
Mar 31, 2020 | 05:30 AM



BIASANYA perubahan kepada aspek luaran lebih ketara dan menjadi takrif kejayaan bagi ketua yang memimpin sesebuah pertubuhan.



Tetapi bagi Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Mendaki, Cik Rahayu Buang, yang bakal mengundurkan diri daripada pertubuhan itu esok, perubahan dalaman yang dibuat untuk memperkukuh keupayaan kakitangannya disifatkan sebagai pencapaian yang paling beliau dibanggakannya.



Dalam satu temuramah dengan Berita Harian di ibu pejabat Mendaki dekat Kee Sun Avenue baru-baru ini, Cik Rahayu berkata mempertingkat tahap profesionalisme pertubuhan yang sudah berkhidmat hampir 40 tahun itu, merupakan pencapaian paling manis buatnya.



"Ada persepsi dalam kalangan masyarakat bahawa Mendaki merupakan pertubuhan yang dianggotai ramai kakitangan yang lebih berusia. Sebenarnya, majoriti kakitangan kami adalah warga muda tapi berwawasan, dinamik dan profesional," kata Cik Rahayu.



Beliau menambah:



"Justeru tumpuan saya ialah untuk mempertingkat keupayaan mereka dengan memastikan mereka dilengkapi dengan kemahiran-kemahiran baru dan relevan seperti pengumpulan data.



"Malah kini, kami sedang membangunkan pasukan yang mahir dalam analitik data bagi memperkukuh keupayaan agar dapat berkhidmat kepada masyarakat dengan lebih baik lagi."



Cik Rahayu yang telah berkhidmat sebagai CEO Mendaki selama tiga tahun digantikan Cik Zuraidah Abdullah, yang akan memegang jawatan itu buat kali kedua.



Cik Rahayu, 49 tahun, akan berpindah ke agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (ECDA) bermula esok sebagai Pengarah Pembangunan Kanak-Kanak dan Pengarah bagi Dasar dan Pendanaan Sektor.



Beliau akan memberi tumpuan kepada program KidStart - program yang memberi sokongan kepada keluarga berpendapatan rendah sebelum kanak-kanak memasuki prasekolah.



Menyingkap kembali usaha yang telah dijalankan Mendaki sepanjang tiga tahun di bawah kepimpinannya, Cik Rahayu berkata memang ia merupakan sesuatu yang mencabar kerana beliau perlu memikirkan cara-cara untuk menyuntik kesegaran selain melakukan semakan kepada program yang sedia ada.



Bagi memastikan Skim Tuisyen Mendaki (MTS) kekal relevan, Cik Rahayu berkata program tersebut kini telah beralih kepada memberikan sokongan kepada pelajar dan bukan sekadar berkhidmat sebagai pusat tuisyen sahaja.



"Peranan tutor atau tenaga pengajar telah berubah daripada sekadar mengajar kepada seseorang yang bertindak sebagai mentor kepada pelajar dengan memberi sokongan dan rangsangan kepada mereka," katanya.



Berkaitan Dana Amanah Pendidikan (ETF) pula, tumpuan kini telah beralih kepada pelajar di Institut Pendidikan Teknikal (ITE) pula.



Ini dilakukan dengan bekerjasama dengan rakan kongsi untuk menawarkan biasiswa selain menjadi mentor kepada mereka tentang industri tersebut.



Sepanjang tempoh kepimpinan Cik Rahayu juga, ETF berjaya mengumpul $6.3 juta sejak tiga tahun lalu.



Bagi Anugerah Mendaki pula, katanya, satu kategori baru yang melihat pada keupayaan holistik pelajar telah diambil kira.



"Semua semakan ini penting untuk memastikan Mendaki terus kekal relevan," ujarnya.



Menyingkap kenangan paling manis baginya, Cik Rahayu berkata ia adalah inisiatif Climbathon yang diperkenalkannya untuk mengumpul dana bagi ETF.



Menurutnya, ia merupakan satu idea yang mudah dan beliau meraih inspirasi daripada Cik Nur Yusrina Ya'akob, wanita Melayu Singapura pertama menawan puncak Gunung Everest.



"Kami terharu dengan keinginan sukarelawan untuk sama-sama menyertai ekspedisi ini demi menyokong pendidikan," katanya.



Memberi penilaiannya mengenai penerimaan masyarakat Melayu kepada peri penting pendidikan, Cik Rahayu berkata beliau bangga kerana kesedaran tersebut memang sudah wujud sejak sekian lama, dan kini semakin berkembang.



Namun beliau menggesa keluarga agar lebih bersedia dalam usaha mendaki puncak kejayaan pendidikan itu.



"Aspirasi itu sudah ada. Tetapi apa yang perlu dilakukan sekarang ialah mempertingkat tahap kesediaan itu sama ada dari segi kewangan atau mengetahui laluan pendidikan yang sesuai untuk anak mereka.



"Mendedahkan anak-anak kepada industri pekerjaan yang mereka minati juga penting, selain mendapat mentor yang baik agar mereka lebih terdedah dengan peluang dan bantuan yang sedia untuk membantu mereka mengecapi kejayaan di peringkat lebih tinggi lagi," kata beliau.




PERBETULKAN PERSEPSI



''Ada persepsi dalam kalangan masyarakat bahawa Mendaki merupakan pertubuhan yang dianggotai ramai kakitangan yang lebih berusia.

Sebenarnya, majoriti kakitangan kami adalah warga muda berwawasan, dinamik dan profesional. Kami juga telah mempertingkat keupayaan mereka dengan memastikan mereka dilengkapi dengan kemahiran pengumpulan data.

Malah kini, kami sedang membangunkan pasukan yang mahir dalam analitik data bagi memperkukuh keupayaan agar dapat berkhidmat kepada masyarakat dengan lebih baik lagi.''



MENGENAI PENDIDIKAN



''Aspirasi itu sudah ada. Tetapi apa yang perlu dilakukan sekarang ialah mempertingkat tahap kesediaan itu sama ada daripada segi kewangan atau mengetahui laluan pendidikan yang sesuai untuk anak mereka.

Mendedahkan anak-anak kepada industri pekerjaan yang mereka minati juga penting, selain mendapat mentor yang baik agar mereka lebih terdedah dengan peluang dan bantuan yang sedia untuk membantu mereka mengecapi kejayaan di peringkat lebih tinggi lagi,'' katanya positif.''



- Cik Rahayu Buang




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >