Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PERALIHAN PIMPINAN DI MENDAKI

Rahayu Buang CEO baru Mendaki mulai 2017

CEO Mendaki, Cik Tuminah Sapawi bakal tinggalkan jawatan selepas tiga tahun, akan menyandang jawatan baru di Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) tahun depan.
Nov 18, 2016 | 07:30 PM



Cik Rahayu Buang, 45 tahun , seorang pengarah di Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF), dilantik menjadi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Mendaki mulai 1 Januari 2017.



Beliau menggantikan Cik Tuminah Sapawi, 56 tahun, apabila tempoh kepimpinan tiga tahunnya berakhir bulan depan.



Dalam kenyataan media pada 18 November, Mendaki berkata Cik Tuminah meninggalkan Mendaki yang lebih kukuh bagi Cik Rahayu. Cik Tuminah akan menyandang jawatan baru di Kementerian Kebudayaan, Kemasyarakatan dan Belia (MCCY) tahun depan.



Cik Rahayu telah berkhidmat 20 tahun di MSF, di mana beliau terlibat dalam pelbagai program pembangunan dan pembentukan polisi, merangkumi usaha pemuliharaan dan perlindungan, serta isu wanita, keluarga dan kurang keupayaan.



Beliau kini memimpin dua jabatan - Jabatan Sokongan dan Pendidikan Keluarga dan Pejabat Pembangunan Wanita.  Di bawah kepimpinannya, empat Agensi Pakar Sokongan Perceraian dimulakan,  yang antara lain menawarkan program khusus bagi memberi sokongan kepada kanak-kanak dari keluarga yang bercerai.



Dua tahun lalu, Cik Rahayu menerima Pingat Pentadbiran Awam (Gangsa). Beliau juga penerima Pingat Emas dari Sekolah Polisi Awam Lee Kuan Yew.



 



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >