Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BULAN BAHASA 2017

Rahayu harap acara lebih bermakna, boleh diguna di rumah

Aug 27, 2017 | 05:30 AM



DALAM usaha menyemarakkan kempen Bulan Bahasa tahun ini, Cik Rahayu Mahzam serta rakan-rakan Bulan Bahasa turun pandang bagi mengagihkan kalendar acara di pasar Geylang Serai semalam.



Turut diberi ialah buku nota Bulan Bahasa 2017 yang menampilkan desain baru serta mengandungi panduan bagi penggunaan tatabahasa.



Cik Rahayu, pengerusi Jawatankuasa Bulan Bahasa, berkata berdasarkan perbualannya dengan ramai pengunjung di Geylang Serai semalam, sudah ada beberapa individu yang tidak sabar menanti acara kempen itu tahun ini.



"Saya lihat sudah ada semacam jenama yang sudah mula wujud bahawa ramai sedar setiap tahun akan ada Bulan Bahasa tetapi pendekatannya mungkin masih boleh diperluas.



"Tahun ini, saya berharap kami dapat menjana sesuatu yang dapat dipraktikkan. Acaranya diharap lebih bermakna, lebih ada tumpuan pada kegiatan yang boleh diguna di rumah bagi mengajar anak dan sebagainya," kata beliau.



Bulan Bahasa tahun ini akan dilancarkan 9 September di Taman Warisan Melayu dengan kehadiran tetamu terhormat, Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.



Kempen tersebut, yang bertemakan 'Ilmu, Budaya, Mesra', akan berlangsung sehingga 15 Oktober.



Salah seorang sukarelawan yang juga rakan Bulan Bahasa, Cik Fatonah Rubaii dari Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) Gambas, berkata pendekatan mengagihkan kalendar acara dan buku nota itu adalah baik kerana ia dapat menguar-uarkan program dan kegiatan Bulan Bahasa tahun ini.



Sempena Bulan Bahasa, MAEC Gambas akan menganjurkan program sketsa dan teater yang memperkenalkan bahasa dan budaya Melayu, termasuk adat dan tradisi majlis perkahwinan orang Melayu, di Sekolah Menengah Northbrooks di Yishun pada 24 September nanti.



"Harapan kita adalah agar lebih ramai orang tahu tentang Bulan Bahasa. Dalam dua bulan ini, kita ingin ketengahkan bahawa terdapat banyak kegiatan semarak dengan kerjasama rakan dan sekolah. Orang ramai boleh datang dan menikmatinya kerana kebanyakan kegiatan adalah percuma," kata Cik Fatonah, 52 tahun.



Seorang lagi sukarelawan, Humaira Assafiyyah Mohamed Ishak, 14 tahun, berkata beliau melibatkan diri dalam Bulan Bahasa tahun ini kerana ingin sebarkan penggunaan bahasa Melayu dan budaya Melayu.



Pelajar Madrasah Alsagoff itu bersama rakannya, Nurul 'Iffah Syihabuddin Zuhri, akan mengendalikan gerai yang mengajar orang ramai tentang tulisan jawi di Karnival Bulan Bahasa 2017 anjuran MAEC Woodlands 16 September nanti.



"Pada pandangan saya, budaya Melayu semakin pupus, semakin hilang daripada dunia ni. Hari ini, penggunaan bahasa Inggeris lebih berleluasa daripada bahasa Melayu. Ini sebabnya saya menyertai kempen ini," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >