Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

ROMBAKAN KABINET

Rahayu hargai kenaikan pangkat, pelantikan baru di Kementerian Undang-Undang

Jun 07, 2022 | 05:30 AM



SETIAUSAHA Parlimen Cik Rahayu Mahzam akan dinaikkan pangkat menjadi Setiausaha Parlimen Kanan mulai Isnin depan, dengan pelantikan baru di Kementerian Undang-Undang (MinLaw).



Beliau akan mengekalkan jawatannya di Kementerian Kesihatan tetapi akan melepaskan jawatannya di Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI).



Pelantikan itu diumumkan Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, semalam.



Cik Rahayu memasuki politik pada 2015 selepas dipilih sebagai Anggota Parlimen (AP) GRC Jurong dalam pilihan raya umum pada tahun itu.



Beliau dilantik sebagai Setiausaha Parlimen di Kementerian Kesihatan (MOH) pada 1 September 2020.



Pelantikannya sebagai Setiausaha Parlimen di MCI pula berkuat kuasa pada 15 Mei tahun lalu.



Sebelum dilantik sebagai Setiausaha Parlimen, Cik Rahayu berkhidmat sebagai peguam dengan pengkhususan dalam undang-undang keluarga dan diiktiraf pengantara bersekutu dengan Pusat Pengantaraan Singapura.



Dihubungi Berita Harian semalam, Cik Rahayu berkata beliau amat berterima kasih di atas pelantikannya itu.



"Kerja di MinLaw sebenarnya sangat luas. Terdapat begitu banyak cabang yang berbeza. Saya tidak boleh mengatakan yang saya biasa dengan semuanya, tetapi saya berharap dapat menggunakan pengalaman saya sebelum ini serta orang yang saya kenali dalam profesion ini. Semoga itu membawa sedikit manfaat daripada pihak saya, untuk pasukan dan saya boleh menambah nilai kepada kerja yang mereka lakukan," kata Cik Rahayu.



Dalam kiriman Facebooknya, Cik Rahayu juga berkata beliau agak sedih untuk melepaskan portfolionya di MCI.



Di Parlimen, Cik Rahayu telah memperjuangkan kepentingan masyarakat berkeperluan khas, pembangunan belia, serta usaha memperkasakan wanita dan memelihara masyarakat berbilang kaum dan agama yang kukuh.



Cik Rahayu juga merupakan timbalan pengerusi Panel Penyeliaan unit maklum balas pemerintah, Reach.



Beliau terlibat dalam usaha Reach untuk mendapatkan maklum balas daripada orang awam tentang isu-isu dan dasar-dasar nasional.



Cik Rahayu turut menyumbang secara nasional kepada jawatankuasa lain, termasuk Jawatankuasa Eksekutif OnePeople.sg dan Majlis Belia Kebangsaan.



Beliau turut memimpin usaha pementoran dan pemerkasaan Belia M Kuasa Tiga (M³) dalam masyarakat Melayu/Islam.



Cik Rahayu turut menerajui usaha Program Saham Kesihatan untuk mengurangkan gejala penyakit kronik di kalangan masyarakat Melayu dengan pendekatan yang sesuai.



Beliau juga merupakan salah seorang pengerusi bersama yang memimpin usaha Perbincangan mengenai Pembangunan Wanita, dan Perikatan Singapura Bersama bagi Tindakan untuk menangani bahaya dalam talian, lebih-lebih lagi yang disasarkan terhadap wanita dan kanak-kanak perempuan.




“Kerja di MinLaw sebenarnya sangat luas. Terdapat begitu banyak cabang yang berbeza. Saya tidak boleh mengatakan yang saya biasa dengan semuanya, tetapi saya berharap dapat menggunakan pengalaman saya sebelum ini serta orang yang saya kenali dalam profesion ini. Semoga itu membawa sedikit manfaat daripada pihak saya, untuk pasukan dan saya boleh menambah nilai kepada kerja yang mereka lakukan.”
– Setiausaha Parlimen Cik Rahayu Mahzam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >