Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Rahayu: Jadikan pementoran satu budaya

Oct 14, 2019 | 05:30 AM



MEMBINA satu budaya yang menggalak pementoran dalam kalangan belia Melayu/Islam perlu terus diperkukuh untuk mendedahkan para menti kepada peluang dan corak pemikiran lain melebihi lingkaran sosial mereka.



Ini selain memberi peluang kepada mentor mengongsi pengalaman dan pengetahuan mereka, kata Anggota Parlimen GRC Jurong, Cik Rahayu Mahzam.



"Kalau pandangan seseorang itu hanya terhad kepada rangkaian kenalan mereka yang tidak meluas, kejayaan yang akan mereka raih juga akan menjadi agak terhad.



"Mereka perlu didedahkan kepada individu lain yang telah meraih kejayaan dalam kerjaya mereka dan meraih inspirasi daripadanya.



"Justeru dengan adanya budaya pementoran ini, menti akan mendapat lebih banyak akses kepada pengetahuan baru, selain bijak mengemudi pelbagai cabaran yang mereka bakal hadapi semasa mencari pekerjaan," ujarnya.



Cik Rahayu berkata demikian semasa pelancaran program 'Mentoring Circle' anjuran Kelab Mendaki, di bangunan pentadbiran Universiti Pengurusan Singapura (SMU), semalam.



Program itu memberi peluang kepada mahasiswa Melayu/Islam daripada universiti tempatan seperti SMU, Universiti Nasional Singapura (NUS), Universiti Teknologi Singapura (NTU) dan Institut Teknologi Singapura(SIT), berinteraksi selain menjalin hubungan dengan golongan profesional yang menjadi mentor mereka.



Mentor dipilih daripada tiga sektor iaitu perniagaan, teknologi dan pemerintah.



Ini juga merupakan sektor yang sejajar dengan pilihan kerjaya yang paling diminati serta industri yang kian berkembang.



Mentor yang terlibat juga tidak hanya terhad kepada golongan profesional Melayu/Islam sahaja.



"Tidak ramai pekerja Melayu/Islam dalam sesetengah industri. Lantaran itu, penting untuk kita memanfaatkan sumber yang ada dalam masyarakat.



"Ia juga satu paparan bagaimana Singapura dapat meraih manfaat daripada kepelbagaian budaya dan bangsa di sini.



"Saya juga amat gembira mereka sudi menjadi sukarelawan dan percaya tentang pentingnya pementoran ini,"



Seramai 24 pasangan mentor-menti telah dibentuk dalam sesi semalam.



Selama enam bulan, program itu akan menjalankan acara setiap bulan untuk menggalak dan mempermudahkan perbincangan aktif di samping memupuk hubungan berpanjangan antara setiap pasangan.



Seorang menti, Cik Siti Aisha Omar, 21 tahun, berharap beliau dapat mengetahui tentang peluang pekerjaan yang dapat dilakukannya selepas tamat pengajian nanti.



Kata mahasiswa tahun ketiga Sains Sukan dan Pengurusan di NTU ini:



"Saya kurang pendedahan terhadap jenis kerjaya yang sesuai dengan minat saya. Saya harap dengan rangkaian yang dibina saya lebih peka untuk membuat pilihan yang baik bagi kerjaya saya."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >