Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BAHAS BELANJAWAN - KEMENTERIAN KESIHATAN

Rahayu ketuai kumpulan kerja baru perkukuh usaha kesihatan Melayu

Mar 06, 2021 | 05:30 AM



SETIAUSAHA Parlimen (Kesihatan) Rahayu Mahzam akan menerajui sebuah kumpulan kerja baru yang akan dibentuk bagi mengukuhkan usaha kesihatan bagi masyarakat Melayu.



Mengumumkan demikian semasa perbahasan belanjawan Kementerian Kesihatan di Parlimen semalam, Cik Rahayu berkata beliau akan bekerjasama dengan Dr Wan Rizal Wan Zakariah (GRC Jalan Besar) dan Cik Mariam Jaafar (GRC Sembawang) serta badan masyarakat seperti M3 dan Persatuan Karyawan Penjagaan Kesihatan Islam (MHPA) dalam kumpulan kerja itu.



"Kami akan terus bergabung tenaga dengan rangkaian Jaga Kesihatan, Jaga Ummah (JKJU) dan pemimpin masyarakat untuk melakar dan melaksana pelan kesihatan sepanjang tahun bagi memupuk nilai tabiat hidup sihat.



"Kami akan menghasilkan panduan mudah bagi masyarakat Melayu mengingati langkah penting untuk menjaga kesihatan kita," ujarnya.



Ini antara usaha khusus pemerintah untuk menangani keperluan kesihatan kumpulan individu berbeza.



Cik Rahayu berkata cita rasa budaya boleh mempengaruhi kelakuan kesihatan dan pemerintah sedar pentingnya mendekati dan bekerjasama dengan masyarakat etnik minoriti berbeza untuk melaksana program relevan bagi mereka.



Sebelum ini, misalnya, program JKJU Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB) berkembang daripada kerjasama dengan 23 masjid pada 2018 kepada 32 masjid dan 18 rakan kerja lain sekarang, termasuk Mendaki dan Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC).



Cik Rahayu turut menarik perhatian bahawa usaha kumpulan kerja baru itu akan memaparkan Duta Kesihatan. Antara mereka ialah Cik Rahimah, seorang ahli jawatankuasa MAEC MacPherson.



Menurut Cik Rahayu, beliau giat merancang ceramah motivasi kesihatan bagi masyarakat Melayu dan meluangkan masa mengajar warga emas melungsuri Internet.



"Usaha Cik Rahimah patut dicontohi. Saya ingin menggalak semua warga Singapura supaya mengikut jejak beliau dan menyumbang kepada masyarakat," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >