Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Rahayu ketuai panel tingkat kesihatan kumpulan etnik minoriti, bermula dengan Melayu

Mar 05, 2021 | 08:05 PM



SATU pasukan baru telah ditubuhkan untuk memberi tumpuan kepada meningkatkan kesihatan kumpulan etnik minoriti di sini, bermula dengan masyarakat Melayu.


Kementerian Kesihatan pada Jumaat (5 Mac) berkata kumpulan itu, yang dibentuk bulan lalu, akan merancang "program yang berkaitan dengan budaya dan membantu mengumpulkan masyarakat untuk meninggalkan tabiat kesihatan yang buruk".


Kumpulan kerja itu akan disokong oleh pertubuhan seperti Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB), Majlis Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Mendaki dan  Persatuan Karyawan Penjagaan Kesihatan Islam.


Ia akan diketuai oleh Setiausaha Parlimen (Kesihatan), Cik Rahayu Mahzam, dan Anggota Parlimen Dr Wan Rizal Wan Zakariah dan Cik Mariam Jaafar.

Bercakap semasa perbahasan belanjawan kementeriannya pada Jumaat, Cik Rahayu berkata terdapat "perbezaan ketara dalam kelakuan dan hasil kesihatan di antara etnik".


Beliau berkata pada 2020, 14.4 peratus orang Melayu dan 14.2 peratus orang India mengalami kencing manis, berbanding dengan 8.2 peratus orang Cina.


Di samping itu, 37.5 peratus orang Melayu dan 36.1 peratus orang Cina mempunyai tekanan darah tinggi, berbanding dengan 29.5 peratus orang India.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >