Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PERBINCANGAN ISU WANITA

Rahayu: Lebih banyak usaha perlu dilakukan perkasa kaum wanita

Mar 12, 2021 | 05:30 AM



WALAUPUN golongan hawa dihargai, lebih banyak yang dapat dilakukan secara kolektif untuk memperkasa, melindungi dan menyokong golongan wanita, kata Setiausaha Parlimen Kesihatan, Cik Rahayu Mahzam.



Untuk melakukannya, Cik Rahayu menjelaskan bahawa terdapat keperluan untuk memperdalam dan mengembangkan perkongsian antara kaum wanita dan lelaki supaya mendapatkan penyelesaian untuk memupuk masyarakat yang lebih adil dan inklusif di Singapura.



Beliau berkata demikian semasa persidangan dalam talian Hari Wanita Antarabangsa (IWD) yang dianjurkan oleh Universiti Nasional Sistem Kesihatan Wanita dalam Sains dan Penjagaan (NUHS WISH) semalam.



Menurut Cik Rahayu, wanita di Singapura, termasuk mereka dalam sektor penjagaan kesihatan, telah membuat kemajuan dan sumbangan luar biasa selama beberapa tahun ini.



"Semasa pandemik Covid-19, ramai telah tampil dan berkorban ketika bekerja dalam persekitaran yang mempunyai risiko yang tinggi, sambil menangani peranan mereka sebagai seorang ibu, isteri dan anak perempuan.



"Kami amat bangga, mempunyai wanita-wanita kita di barisan hadapan perjuangan ini untuk melawan dan menangani wabak ini," katanya.



Sebagai salah seorang ahli pasukan petugas yang menerajui Perbincangan mengenai Pembangunan Wanita Singapura, Cik Rahayu berkata mereka telah berusaha untuk memajukan kehidupan Wanita Singapura sejak September 2020.



Antara isu yang diketengahkan termasuk keinginan untuk melihat perwakilan wanita dalam kedudukan kepimpinan korporat dan bagaimana golongan wanita dapat disokong di tempat kerja mereka.



"Menyedari dan menghargai kepentingan mempunyai lebih ramai pemimpin wanita lembaga dan jawatan pengurusan kanan di pelbagai sektor, golongan ini menambahkan kepelbagaian kemahiran, pengalaman dan perspektif dalam sebuah organisasi.



"Walaupun wanita sangat dihargai, lebih banyak yang dapat dilakukan secara kolektif untuk memperkasakan, melindungi dan memartabatkan wanita," jelasnya.



Meskipun ini akan mengambil masa, terutamanya untuk mengubah pemikiran ramai dalam masyarakat, Cik Rahayu tetap yakin Singapura dapat menjadi lebih inklusif dalam masa akan datang.



Melalui kajian maklum balas yang didapati daripada perbincangan tersebut, beliau berkata pasukannya akan terus bekerjasama untuk memperbaiki keadaan itu.



Hasil kajian itu, satu Kertas Putih akan dibentangkan pada separuh kedua tahun ini.




"Menyedari dan menghargai kepentingan mempunyai lebih ramai pemimpin wanita lembaga dan jawatan pengurusan kanan di pelbagai sektor, golongan ini menambahkan kepelbagaian kemahiran, pengalaman dan perspektif dalam sebuah organisasi. Walaupun wanita sangat dihargai, lebih banyak yang dapat dilakukan secara kolektif untuk memperkasakan, melindungi dan memartabatkan wanita."
- Setiausaha Parlimen Kesihatan, Cik Rahayu Mahzam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >