Subuh
5:31
Syuruk
6:55
Zuhur
12:57
Asar
4:21
Maghrib
6:58
Isyak
8:12
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Setempat
27
0

Rahayu 'perkenal' cahaya mata, selamat lahirkan 7 April lalu

Apr 29, 2017 | 07:36 AM



Anggota Parlimen GRC Jurong, Cik Rahayu Mahzam, ‘memperkenalkan’ cahaya mata sulungnya menerusi media sosial tadi. 

Menerusi laman Facebook dan Instagram beliau, Cik Rahayu berkata beliau melahirkan Muhamad Ayden pada 7 April lalu.

Tambahnya, Ayden hanya dibenarkan pulang ke rumah awal minggu ini.

“Saya berterima kasih kepada doktor, jururawat dan kakitangan Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK (KKH) yang menjaga kami dengan baik dan sering melakukan lebih daripada yang diperlukan,” ujar Cik Rahayu.

Beliau turut merakamkan penghargaannya kepada kakitangan di bilik bersalin dan unit jagaan rapi neonatal (NICU) yang telah membantunya serta suaminya sejauh ini. 

Selain itu, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada keluarga, teman, rakan kerja, pemimpin akar umbi dan penduduk yang telah mendoakannya dan memberikan hadiah. 

“Ayden serta suami saya, Imad, dan saya bertuah mempunyai anda dalam hidup kami. 

“Perjalanan kami dengan Ayden baru bermula dan kami ghairah mencipta lebih banyak kenangan indah bersama,” kata Cik Rahayu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >