Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Rahayu puji kakitangan kesihatan yang terus tingkat kemahiran

Sep 06, 2022 | 05:30 AM



LEBIH 100 individu telah menerima Anugerah Pembangunan Tenaga Manusia Penjagaan Masyarakat (CCMDA) dalam satu majlis yang diadakan semalam.



CCMDA diwujudkan oleh Agensi Penjagaan Bersepadu (AIC) bagi menyokong kakitangan penjagaan masyarakat melanjutkan pelajaran dan mengembangkan kerjaya mereka.



Syarikat serta badan-badan dalam sektor penjagaan masyarakat boleh mengambil peluang dengan anugerah ini untuk menarik kemasukan baru dalam bidang penjagaan dan kesihatan dengan menyokong pengajian mereka dan keperluan latihan untuk meningkatkan kemahiran.



Pada masa yang sama, kakitangan semasa boleh memanfaatkan CCMDA untuk meningkatkan kemahiran dan mengembangkan pengetahuan dan kepakaran profesional mereka dengan mengikuti pengajian dalam pelbagai pengkhususan klinikal dan bukan klinikal.



Menyampaikan sejumlah 121 anugerah kesemuanya merupakan Setiausaha Parlimen Kanan (Kesihatan merangkap Undang-undang), Cik Rahayu Mahzam.



Dalam ucapannya, Cik Rahayu berkata sejak Anugerah itu dilancarkan pada 2017, hampir 700 individu telah menerima anugerah tersebut.



Beliau turut gembira melihat ramai antara penerima anugerah memilih mempertingkatkan kemahiran dan memperkasa diri mereka, lebih-lebih lagi sejak tempoh dua tahun memerangi wabak Covid-19.



"Kakitangan penjagaan masyarakat telah menunjukkan daya tahan yang tinggi di tengah-tengah cabaran selama dua tahun yang lalu. Walaupun menghadapi banyak cabaran, anda telah memastikan pesakit di bawah jagaan anda selamat.



"Sementara lawatan ke rumah jagaan dan hospis dihadkan untuk mengurangkan risiko, anda mengambil beban kerja tambahan untuk menjaga keperluan emosi mereka. Terima kasih kerana menjaga mereka," kata Cik Rahayu.



Tahun ini, lebih 80 peratus penerima anugerah merupakan kakitangan dari sektor penjagaan masyarakat yang ingin melanjutkan pengetahuan dan kemahiran mereka dalam bidang seperti penjagaan paliatif dan gerontologi.



Antara penerima anugerah tersebut merupakan Pengurus Kanan Jururawat di Vanguard Healthcare, Encik Ibrahim Muhammad, yang mula bertugas di syarikat itu sejak 2018.



Bapa tujuh anak yang berusia 48 tahun ini mempunyai pengalaman 23 tahun di hospital dan industri farmaseutikal.



Meskipun berhadapan dengan halangan dari beberapa ahli keluarga, Encik Ibrahim kekal pada pendiriannya untuk berkhidmat pada golongan warga senja serta mengejar minatnya pada bidang penjagaan.



Dia yang mula bertugas di Hospital Besar Singapura (SGH) pada 1999 dan inginkan persekitaran dan suasana kerja yang berbeza serta mengejar impiannya dalam bidang penjagaan warga senja kemudian berpindah ke Vanguard Health.



Dengan jadual yang sememangnya padat, Encik Ibrahim memilih untuk melanjutkan pelajarannya secara sambilan bagi jurusan Sarjana Gerontologi di Universiti Sains Sosial Singapura.



Bercakap kepada BH, Encik Ibrahim berkata:



"Dengan bilangan warga senja di Singapura yang semakin meningkat, saya ingin sentiasa bersedia dan berkemahiran untuk Singapura di masa hadapan, serta mahu tunjuk pada anak-anak saya bahawa kita harus kekal relevan dan sentiasa tingkatkan kemahiran diri."




“Saya berharap untuk melihat lebih banyak organisasi dan badan penjagaan masyarakat bekerjasama dengan AIC dan Institut Pengajian Tinggi untuk mengambil bahagian dalam pameran kerjaya, perjalanan pembelajaran dan ceramah untuk mendekati pelajar-pelajar hari ini.”



– Setiausaha Parlimen Kanan (Kesihatan merangkap Undang-undang), Cik Rahayu Mahzam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >