Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PERUBAHAN PUCUK PIMPINAN MENDAKI

Rahayu tinggalkan Mendaki dalam kedudukan lebih kukuh

Jan 10, 2020 | 05:30 AM



YAYASAN Mendaki di bawah kepimpinan Cik Rahayu Buang bukan sahaja memperkukuh kedudukan sebagai peneraju pemikiran dalam masyarakat Melayu/Islam, malah menjadi institusi utama dalam rangka kerja M Kuasa Tiga (M3).



Dalam kenyataannya semalam, badan bantu diri itu berkata Cik Rahayu, 49 tahun, telah memperluas jangkauan Mendaki ke estet perumahan sejak 2018, termasuk mengadakan pusat lebih kecil di Chua Chu Kang, Jurong dan Wisma Geylang Serai.



Selari dengan perkembangan itu, jumlah peserta bagi program Kelas MateMatika (KMM) - yang disasarkan kepada ibu bapa dengan anak prasekolah - telah melonjak empat kali ganda dalam tempoh setahun.



Cik Rahayu juga memperkenal daya usaha Climbathon untuk mengumpul wang bagi Dana Amanah Pendidikan (ETF), malah secara peribadi menyertai ekspedisi itu bersama kakitangan Mendaki, orang awam dan benefisiari ETF. Di bawah kepimpinan Cik Rahayu, ETF berjaya mengumpul $6.3 juta sejak tiga tahun lalu.



Melalui kenyataan Mendaki semalam, Lembaga Pengarah Mendaki berkata ia amat menghargai usaha beliau dalam memperkukuh Mendaki dan sumbangannya kepada masyarakat Melayu/Islam.



Mengulas tentang pengalaman memimpin Mendaki dari 2017, Cik Rahayu, menerusi kenyataan Mendaki, berkata:



"Saya amat menghargai keyakinan yang diberikan kepada saya oleh kedua-dua pengerusi yang lalu dan pengerusi pada masa ini, untuk memimpin institusi penting ini.



"Mendaki terus menjadi lebih kukuh dan pencapaian kami kebelakangan ini adalah penting."



Semalam, Mendaki mengumumkan bahawa Cik Rahayu akan meninggalkan badan bantu diri itu dan kembali bertugas di Kementerian Pembangun dan Sosial dan Keluarga (MSF) mulai 1 April 2020.



Jawatannya itu diganti oleh Cik Zuraidah Abdullah, pegawai polis kanan yang pernah berkhidmat dalam peranan sama antara 2007 dengan 2009.



Menerusi kenyataan Mendaki itu, Cik Rahayu juga mengucapkan terima kasih kepada kakitangan Mendaki dan Lembaga Pengarah badan itu.



"Saya yakin Mendaki akan terus memperluas jangkauannya dalam masyarakat dan memperdalam kesan dalam pendidikan di bawah kepimpinan baru," kata Cik Rahayu.



Dalam pada itu, Mendaki berkata Cik Rahayu juga memastikan program pendidikan yang dijalankannya sentiasa berkesan dan relevan.



Antara lain, beliau memimpin semakan ke atas beberapa usaha pendidikan, dana dan anugerah bagi pelajar, seperti ETF dan Skim Tuisyen Mendaki, selain memperkenal dua anugerah baru iaitu Anugerah Pembelajaran Mendaki dan Anugerah Gemilang Mendaki bagi mereka yang cemerlang dalam kedua-dua akademik dan memberi sumbangan kepada masyarakat.



Cik Rahayu turut memperkenal simposium pendidikan sebagai acara tahunan sejak 2017 dan menjalin usaha penyelidikan bersama tentang isu yang menjejas masyarakat Melayu/Islam dengan berbilang entiti termasuk Institut Pengajian Dasar (IPS), A*Star dan Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >