Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Rahayu: Usaha perlu dikembang tingkat kesedaran demensia dalam masyarakat

Langkah penting sedang trend penuaan, kadar penyakit demensia orang Melayu yang amat ketara
May 30, 2021 | 05:30 AM



LEBIH banyak usaha perlu dilakukan untuk meningkatkan tahap kesedaran masyarakat Melayu/Islam tentang kesihatan mental, khususnya penyakit demensia.



Langkah ini penting memandangkan faktor-faktor seperti tren penuaan dalam kalangan penduduk di Singapura dan kadar penyakit demensia yang amat ketara dalam masyarakat Melayu/Islam setempat, kata Setiausaha Parlimen (Kesihatan) Cik Rahayu Mahzam.



Menyatakan demikian dalam satu wawancara bersama Berita Minggu, Cik Rahayu berkata perangkaan menunjukkan seorang daripada setiap 10 orang berusia 60 tahun ke atas dianggarkan mengalami demensia di Singapura dengan jumlah itu dijangka meningkat ekoran trend penuaan penduduk.



Beliau tidak mendedahkan perangkaan tertentu bagi masyarakat Melayu/Islam tetapi berkata:



"Kita tahu ini adalah sesuatu perkara (penyakit demensia) yang amat ketara dalam masyarakat kita.



"Ia antara perkara yang (membuat anda sedar) apabila berhubung dengan orang, anda akan berbual dengan seseorang yang kenali seorang lain yang alami demensia, anggota keluarga atau pun isteri mereka. Inilah sesuatu yang kita perlu berikan tahap sokongan yang lebih baik.''



Dalam wawancara yang dijalankan menerusi zoom gara-gara sekatan Covid-19 itu, Cik Rahayu yang juga merangkap Setiausaha Parlimen (Perhubungan dan Penerangan) berkata pemerintah sentiasa bersedia menyemak dan mengembangkan khidmat penjagaan dan sokongan bagi pesakit demensia dan pengasuh mereka tetapi menambah masyarakat juga perlu memainkan peranan menyempurnakan rangkaian sokongan di kejiranan.



Anggota masyarakat juga boleh mengambil langkah pencegahan dengan mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat, katanya.



Ditanya adakah masyarakat Melayu/Islam mengalami risiko tinggi mengalami demensia memandangkan kadar penyakit yang tinggi seperti obesiti dan diabetes serta tabiat merokok, Cik Rahayu berkata:



"Sebagai contoh demensia vaskular (disebabkan strok) boleh dicegah dengan mengubah pilihan gaya hidup. Jadi jawapan bagi soalan anda adalah jelas. Jika kita boleh mencegah insiden yang membawa kepada penyakit demensia, tentunya ia lebih baik.



"Jadi, jika anda tidak mengamalkan gaya hidup sihat, kemungkinan anda mengalami strok adalah lebih tinggi. Oleh itu, ia tentunya merupakan satu perkara yang membimbangkan jika kita lihat pada tahap kesihatan masyarakat kita.''



Sebagai langkah pencegahan, beliau berkata pendekatan awal (upstream) perlu diambil bukan sahaja bagi penyakit demensia tetapi juga kondisi kesihatan lain.



"Bagi penyakit demensia, beban ke atas keluarga adalah lebih berat dan kemungkinan ia berlaku adalah lebih tinggi, jadi kita mahu mencegahnya seawal mungkin, mendidik orang-orang agar kekal sihat.



"Tetapi ini (penjagaan demensia) adalah satu kerja yang sedang berjalan (work in progress) dan melibatkan aspek-aspek kesihatan yang lain seperti diet, gaya hidup sihat, usaha kekal aktif dan tidur yang cukup..



"Ia berjalan seiring dengan usaha- usaha lain untuk menjaga kesihatan masyarakat Melayu/Islam,'' katanya.



Wawancara bersama Cik Rahayu itu merupakan sebahagian siri laporan tentang demensia yang diterbitkan di akhbar ini setiap Ahad termasuk hari ini.



Siri laporan yang bermula pada 9 Mei lalu itu mengongsi panduan tentang cara-cara mencegah dan mengawal penyakit itu menerusi wawancara dengan pakar perubatan dan karyawan dalam rangkaian sokongan.




"Kita tahu ini adalah sesuatu perkara (penyakit demensia) yang amat ketara dalam masyarakat kita.

Ia antara perkara yang (membuat anda sedar) apabila berhubung dengan orang, anda akan berbual dengan seseorang yang kenali seorang lain yang alami demensia, anggota keluarga atau pun isteri mereka. Inilah sesuatu yang kita perlu berikan tahap sokongan yang lebih baik.''

- Cik Rahayu Mahzam, Setiausaha Parlimen (Kesihatan).




Laporan lanjut:






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >