Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Rahmatan Lil Alamin kutip derma bagi bantu mangsa gempa Turkey

Feb 10, 2023 | 05:30 AM



YAYASAN Rahmatan Lil Alamin (RLA) akan mengadakan pungutan derma di masjid-masjid serata Singapura melalui tabung amal khas mulai hari ini hingga Khamis depan.



Pungutan derma tersebut adalah sebahagian daripada usaha pengumpulan dana bagi menyokong bantuan kemanusiaan mangsa gempa di Turkey.



Selain itu, orang ramai juga boleh menyumbang kepada dana tersebut melalui kutipan online - antara caranya termasuk sumbangan melalui PayNow, pemindahan bank dan penghantaran cek - yang bermula hari ini hingga 24 Februari.



Hasil pungutan tersebut akan disalurkan kepada Hayrat Yardim, sebuah badan bantuan kemanusiaan di sana, untuk dihantarkan kepada mangsa gempa yang terjejas.



Dalam pada itu, para mangsa gempa berhadapan dengan musim sejuk, di mana suhu sebelah malam boleh mencecah paras sifar.



Oleh demikian, keperluan penting termasuk khemah, tilam dan baju musim sejuk diperlukan dengan segera.



Sejauh ini, lebih 12,000 nyawa dilaporkan terkorban dan lebih 5,700 bangunan telah runtuh.



Gempa yang melanda Turkey dan Syria ini merupakan antara yang paling dahsyat sejak 1999, di mana magnitudnya adalah sekuat 7.9 pada skala Richter.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >