Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Rai 30 tahun detasmen RSAF di Pangkalan Udara di Glendale, Arizona

Apr 27, 2023 | 05:30 AM



DETASMEN luar negara Peace Carvin (PC) II, Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) yang kendali latihan bagi jet pejuang F-16 menyambut ulang tahun ke-30-nya di Pangkalan Angkatan Udara Luke di Glendale, Arizona pada Rabu.



Ditubuhkan pada 1993, PC II adalah detasmen RSAF yang telah beroperasi sepanjang tempoh paling lama di luar negara.



Ia mengendalikan latihan luar negara bersama Skuadron Jet Pejuang ke-425 Angkatan Udara Amerika Syarikat (USAF) agar dapat mengatasi cabaran ruang udara terhad di Singapura.



Latihan di situ juga membolehkan juruterbang RSAF memperoleh kemahiran kombat udara dan kecekapan operasi menerusi sekitaran latihan yang mencabar dan realistik di situ.



Majlis sambutan ulang tahun itu dirasmikan Menteri Negara Kanan (Pertahanan) Encik Heng Chee How dan dihos Panglima Angkatan Udara Mejar-Jeneral Kelvin Khong dan Panglima Markas Tempur Udara Brigadier Jeneral Lim Kok Hong.



Berucap semasa majlis itu, Encik Heng berkata detasmen itu, yang dipimpin pasukan kepimpinan bersama USAF-RSAF telah mencatatkan pelbagai pencapaian.



detasmen itu antara lain telah mencatatkan tempoh penerbangan sepanjang 75,000 jam dan juga menyertai beberapa latihan besar serta latihan tembakan peluru hidup.



"Ini telah menawarkan peluang kepada kakitangan udara kami untuk berlatih dalam sekitaran realistik dan mencabar untuk menajam kemahiran tempur udara dan kemahiran penerbangan mereka - yang sangat penting bagi RSAF memandangkan ruang darat dan udara kami agak terhad di Singapura," kata Encik Heng.



"Saya ingin sekali lagi meluahkan penghargaan terhadap Pemerintah Amerika Syarikat dan USAF atas sokongan dan kerjasama yang baik bersama anda," tambah beliau.



Kerjasama rapat antara kedua-dua pihak itu juga telah membolehkan RSAF menubuhkan lagi dua detasmen luar negara tetap di Amerika, iaitu detasmen PC V, di Pangkalan Udara Mountain Home di Idaho yang telah membolehkan RSAF melancarkan armada jet pejuang F-15SG-nya, dan detasmen Peace Vanguard yang mengendali Helikopter Apache AH-65D di Marana, Arizona.



Encik Heng berkata, pihaknya sedang bekerjasama dengan USAF dan Komand Latihan Pendidikan Udara (AETC) untuk membangun detasmen baru di Pangkalan Ebbing, Fort Smith, Arkansas.



Dalam kenyataan Kementerian Pertahanan (Mindef) sebelum ini pada 2021, Pangkalan Pengawal Udara Nasional Ebbing itu adalah salah satu lokasi terpilih untuk menjadi tuan rumah kepada jet pejuang masa depan RSAF, F-35B.



RSAF dan USAF juga kerap berinteraksi antara satu sama lain menerusi beberapa latihan bersama seperti siri latihan Red Flag, dan peluang lawatan dan penukaran profesional yang membolehkan kedua-dua pihak mengikrarkan lagi hubungan lama dan erat mereka, kata Mindef dalam kenyataan pada Rabu.



Sebahagian upacara pada Rabu, Encik Heng diundang menghadiri satu perbarisan dan menyaksikan pelancaran logo ekor pesawat atau di jet pejuang F-16 yang melambangkan pelaksanaan latihan sepanjang 30 tahun oleh PC II dan hubungan erat antara RSAF dengan USAF.



Acara itu turut dihadiri beberapa pegawai kanan dari USAF dan rakan berkepentingan masyarakat tempatan di Amerika.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >