Subuh
5:57
Syuruk
7:17
Zuhur
1:20
Asar
4:41
Maghrib
7:21
Isyak
8:33

Raih biasiswa meskipun hadapi cabaran

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Raih biasiswa meskipun hadapi cabaran

ERVINA MOHD JAMIL
Mar 18, 2014 | 04:36 PM

MEREKA menghadapi pelbagai cabaran, namun ia sedikit pun tidak menghambat Encik Mohamed Farhan Mohamed Rafi, 24 tahun, dan Cik Nurfadilah Mustaffa, 19 tahun, daripada terus berusaha demi mencapai kecemerlangan dari segi pelajaran.

Encik Mohamed Farhan pernah berhenti sekolah sementara Cik Nurfadilah pula mengambil masa tiga jam untuk ke sekolah di ITE Kolej Timur di Simei setiap hari.

Berkat kegigihan dua anak Melayu/Islam itu ternyata berbaloi kerana mereka tampil sebagai antara 21 pelajar politeknik dan Institut Pendidikan Teknikal (ITE) yang menerima Biasiswa ITE dan Politeknik Singapore Power (SP) Nithiah Nandan, yang diberikan diberikan buat julung-julung kalinya.

Mereka menerima biasiswa itu daripada Menteri dalam Pejabat Perdana Menteri, Encik Lim Swee Say, dalam satu upacara tadi.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3