Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Raih ilmu dalam seminar hartanah

Apr 14, 2018 | 05:30 AM



AYUH, usah lepaskan peluang menghadiri seminar hartanah anjuran Berita Harian (BH) dan firma ejen hartanah Huttons Asia esok.



Diadakan buat julung-julung kali, seminar 'Menjana Kekayaan Melalui Hartanah' itu khusus memperkasa minda mengenai peluang pelaburan hartanah di Singapura.



Mereka yang berminat masih boleh mendapatkan tiket di http://huttonsgroup.com/events/



Seminar akan diadakan di Teater The Festive Arts, Our Tampines Hub (OTH) dari 9 pagi hingga 1 petang. Teater itu terletak di tingkat dua di South Plaza, Lobi H. Mereka yang memandu boleh menggunakan Carpark C dari Tampines Avenue 4.



Pendaftaran bermula dari 9 pagi dan peserta perlu duduk pada 9.45 pagi.



Seminar akan bermula pada 10 pagi.



Peserta bakal meraih ilmu daripada pakar dari Huttons yang akan menerangkan lanjut mengenai pasaran hartanah di Singapura, hala tuju pasaran serta soal kemampuan.



Dengan topik bertajuk "Dari flat HDB ke hartanah privet: Apa yang anda perlu tahu?'', Pengarah Distrik Kanan Bersekutu Huttons, Encik Nizam Adli akan menjelaskan persoalan yang masih terbuku dalam fikiran pemilik flat HDB yang berhasrat membeli rumah privet.



Ketua penyelidikan agensi hartanah Huttons, Encik Lee Sze Teck akan menerangkan hala tuju pasaran hartanah privet Singapura sementara Pengarah Penjualan Projek dan Pemasaran Huttons Asia, Encik Daniel Lim, akan mengupas strategi kewangan yang boleh dilaksana.



Ini termasuk kebimbangan tentang soal kemampuan pemilik flat HDB yang mahu membeli hartanah privet.



Perancangan harta dari perspektif Islam bakal dikupas pengasas Institut Safinah, Ustaz Tarmizi Wahid.



Antara soalan yang bakal dihuraikan melibatkan prinsip orang Islam dalam menjana dan membina kekayaan? Adakah orang Islam harus berpuas hati dengan kelebihan yang sedia ada?



Peserta juga berpeluang mencungkil pengalaman peribadi pelabur hartanah Encik Azmi Zainal, yang memiliki empat rumah privet pada usia 40 tahun.



Sesi soal jawab akan diadakan di akhir seminar.



Setiap peserta yang mendaftar akan menikmati akhbar BH versi digital percuma selama sebulan.



Versi digital akhbar BH bernilai $14.24 sebulan, menawarkan pelanggan akses bagi kesemua laporan berita, video, e-akhbar menerusi aplikasi telefon bijak dan tablet.



Setiap peserta yang mendaftar akan diberikan sekeping kad semasa pendaftaran untuk menjelaskan cara memuat-naik aplikasi bergerak dikenali sebagai BH.sg.



Peserta yang menunjukkan aplikasi itu di meja penyambut tamu BH berpeluang mendapatkan pemegang kad bisnes eksklusif BH untuk menyimpan kad anda, selagi stok masih ada.



Ayuh, jangan lepaskan peluang menghadiri seminar ini.



Daftar segera kerana hari ini merupakan hari terakhir untuk membeli tiket.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >