SEPANJANG kerjayanya sebagai menteri hampir dua dekad meliputi tiga kementerian, sebuah program bagi menggalak kanak-kanak setempat membaca merupakan program yang paling memberi kepuasan bagi Dr Yaacob Ibrahim.
Porgram kidsREAD, yang diperkenal semasa beliau menyandang jawatan Menteri Pembangunan Masyarakat dan Sukan ketika itu kini berkembang menjadi wadah penting menggalak kanak-kanak - terutama daripada keluarga berpendapatan rendah - untuk membangunkan tabiat membaca.