Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KEPUTUSAN PSLE

Raih keputusan baik meski duduki peperiksaan di hospital

Nov 22, 2019 | 05:30 AM



SEDANG pelajar lain menduduki Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) mereka di sekolah masing-masing, Khadhijah Muhammad Sayeed terpaksa menjawab soalan-soalan tersebut di Hospital Wanita dan Kanak-kanak KK (KKH).



Malah, yang lebih menyedihkan, anak sulung lima beradik berusia 12 tahun ini perlu menulis jawapannya dengan titisan intravena yang dicucuk di tangannya.



Dia terpaksa ditahan di hospital kerana didapati menghidap penyakit yang dinamakan Henoch-Schonlein purpura (HSP).



Ia merupakan sejenis penyakit yang melibatkan keradangan pada pembuluh darah kecil.



Keradangan itu menyebabkan pembuluh darah pada kulit, usus dan ginjal, mengalami kebocoran darah.



Penyakit yang sering dialami kanak-kanak ini boleh menyebabkan kerosakan pada ginjal jika tidak dirawat.



Khadhijah terpaksa ditahan di hospital ketika itu kerana terdapat darah pada air kencingnya.



"Memang sukar sedikit nak menulis. Saya tidak boleh menulis cepat seperti biasa. Mentelah lagi, ubat yang saya ambil itu seakan membuat saya terhuyung-hayang dan sukar memberi tumpuan," singkapelajar Madrasah Alsagoff Al-Arabiah itu.



Dia terpaksa menduduk peperiksaan bagi subjek Bahasa Melayu dan Sains di dalam sebuah bilik khas di hospital tersebut. Waktu yang diberikan juga sama seperti pelajar lain.



Namun, berkat doa dan redha terhadap apa yang terjadi, Khadhijah masih tetap mampu meraih keputusan yang memberangsangkan apabila menerima keputusan PSLE-nya semalam.



Dia meraih agregat 232, dengan tiga subjek - Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan Sains - gred A, dan gred B bagi Matematik.



"Memang saya percaya, saya fikir saya tidak akan meraih keputusan yang baik. Saya bersyukur sangat," ujarnya



Ketua darjah ini bakal melanjutkan pelajarannya di madrasah yang sama.



Bapanya, Encik Muhammad Sayeed Abdullah, 48 tahun, yang memiliki syarikat perniagaan cetakan, berkata:



"Saya amat bangga dengan pencapaiannya. Kami sebagai ibu bapa tidak memberikan tekanan kepadanya apabila dia terpaksa menduduki peperiksaan di hospital.



"Kami hanya mahu dia pulih. Selainnya, kami serahkan kepada Allah swt."




"Memang sukar sedikit nak menulis. Saya tidak boleh menulis cepat seperti biasa. Mentelah lagi, ubat yang saya ambil itu seakan membuat saya terhuyung-hayang dan sukar memberi tumpuan... Saya fikir saya tidak akan meraih keputusan yang baik. Saya bersyukur sangat."
- Khadhijah Muhammad Sayeed.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >