Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Raih keputusan baik meski kurang pendengaran

Jan 20, 2019 | 05:30 AM



PADA usia empat tahun, apabila kebanyakan temannya sudah mula membaca dan menulis, Ryan Lu baru mula belajar bagaimana membaca bibir.



Dia didiagnosis mengidap masalah hilang pendengaran kedua-dua telinga semasa lahir dan perlu menjalani pembedahan pada usia dua tahun untuk memasukkan implan koklear bagi membantunya mendengar.



Namun, pendengarannya masih terjejas, justeru dia mengajar dirinya membaca bibir agar boleh memahami apa yang berlaku di sekitarnya.



Selain kehilangan pendengaran, dia juga mempunyai masalah otot lemah di rahangnya yang menjejas cara pertuturannya.



Kelmarin, Ryan merupakan salah seorang daripada 26,750 pelajar serata Singapura yang menerima keputusan peperiksaan Sijil Am Pelajaran (GCE) Peringkat 'O'.



Bekas pelajar Sekolah Katolik Hai Sing itu berjaya meraih keputusan yang baik, dan mungkin dapat melangkah ke sekolah impiannya, Maktab Rendah Anglo-Chinese, menurut gurunya, Cik Wong Shu Xian.



Kini berusia 16 tahun, Ryan menunjukkan kemajuan memberangsangkan sejak dia gagal dalam peperiksaan semasa dalam darjah satu di Sekolah St Stephen.



Ketika itu, Ryan masih tidak tahu bagaimana membaca.



Katanya kepada akhbar The Straits Times:



"Ibu saya menghantar saya ke kelas fonetik agar saya dapat membaca dan bertutur dengan baik. Kelas itu berlangsung beberapa kali seminggu."



Ibu Ryan bekerja sebagai konsultan kewangan manakala bapanya bekerja dalam bidang hartanah dan berpangkalan di China.



Ryan juga menggunakan alat pendengaran mudah alih modulasi frekuensi, yang dipakai gurunya dan alat penerima yang digunakannya.



Dia duduk di bahagian depan kelas agar dapat membaca bibir gurunya. Dia juga dikecualikan daripada kelas Mandarin ekoran masalah pertuturannya serta lisan Bahasa Inggeris dan kefahaman mendengar.



Ryan mempunyai minat dalam sejarah dan mahu menjadi sejarawan atau arkitek kapal.



"Apabila saya dalam darjah tiga, bapa saya memberitahu saya sejarah Perang Dunia Kedua, dan ini membuat saya mahu belajar sejarah.



"Beliau juga sering memberitahu saya sejarah China kerana pekerjaannya di China," katanya.



Cik Wong berkata:



"Dia budak lelaki yang yakin dan tidak pernah menyebabkan keadaannya menghambatnya.



"Dia tidak pernah mengaku kalah dan selalu positif, meski perjalanan sukar yang pernah dihadapinya."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >