Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Raih manfaat dari program mentor-mentee 4PM

Dec 07, 2019 | 06:50 PM



SERAMAI 200 pelajar Institut Pendidikan Teknikal (ITE) meraikan kejayaan mereka menamatkan Program Mentor FRENZ 2019 dalam satu majlis tamat program tersebut hari ini (7 Disember).



Program FRENZ merupakan inisiatif Persatuan Persuratan Pemuda Pemudi Melayu (4PM) dengan sasarannya membantu para belia membina daya tahan, membentuk perwatakan dan menamatkan pendidikan pos menengah mereka.



Ia sebuah program permentoran dan kerja sosial bagi para pelajar ITE dan ketiga-tiga kolej ITE mencalonkan kelas-kelas bagi penyertaan mereka dalam program berkenaan. 



Acara yang diadakan di Hubelia 4PM yang terletak di Bedok Reservoir Road, turut dihadiri oleh Setiausaha Parlimen Kanan (Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Pendidikan), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim. 



Beliau telah menyampaikan anugerah kepada enam pelajar terbaik dari program FRENZ tahun ini. Pelajar ini telah dipilih berdasarkan perubahan positif serta persembahan cemerlang mereka. 



Sementara itu, lima mentor dari program itu juga telah diiktiraf atas sokongan yang mereka berikan sepanjang program itu dijalankan untuk tahun ini.



Program Mentor FRENZ mula diperkenalkan pada 2010 dan sejak itu seramai 1,900 pelajar ITE telahpun meraih manfaatnya. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >