SEPULUH tahun lalu, Cik Salina Simin, 41 tahun, mengambil keputusan berhenti kerja sebagai pekerja pembersih untuk menjaga lima anaknya, termasuk seorang yang mempunyai keperluan khas.
Setelah anak-anaknya boleh berdikari, beliau ingin kembali bekerja bagi menambah pendapatan suaminya, seorang pengawal keselamatan.