BENGKEL BIDANG KEJURUTERAAN ANJURAN BERITA HARIAN
Raih pengetahuan mengenai bidang dan kerjaya jurutera
Jul 15, 2016 | 05:30 AM
KERJAYA sebagai jurutera bagi lepasan Institut Pendidikan Teknikal (ITE), politeknik atau sekolah lain merupakan sesuatu yang sangat menarik jika anda seseorang yang sukakan cabaran.
Bagi memudahkan pemahaman dalam menceburi bidang berkaitan kejuruteraan ini, Berita Harian (BH) bersama sekolah swasta TEG International College akan menganjurkan bengkel mengenai peluang kerjaya kejuruteraan dan laluan yang boleh dilalui dalam menceburi bidang ini.