Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Raikan Ilmu: Mendaki tetap jalankan lebih 100 program maya

Oct 19, 2020 | 05:30 AM



LEBIH daripada 100 program dalam talian akan tetap dijalankan Yayasan Mendaki dan rakan kongsinya meski pandemik Covid-19 telah menjejas acara tahunan fizikal Raikan Ilmu yang sering dilakukan secara besar-besaran.



Namun, menerusi program alam maya itu, ia secara tidak langsung memberi peluang kepada badan bantu diri itu meluaskan lagi pengalaman Raikan Ilmu serta kegiatan bagi lebih ramai individu yang mengikuti program yang dijalankan dari setiap isi rumah.



Mengongsi bersama Berita Harian, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Mendaki, Cik Zuraidah Abdullah, berkata pihaknya telah mula melancarkan selain mengadakan program dalam talian dan mendapat respons yang baik sejak permulaan Pemutus Litar pada April lalu.



Memberikan contoh, beliau berkata Simposium Pendidikan tahunan yang diadakan buat kali pertama dalam talian, berjaya menarik lebih 1,300 peserta termasuk mereka yang dari luar negara.



Ini berbanding simposium sebelum ini yang apabila diadakan secara fizikal hanya sekitar 250 peserta yang dapat menghadirinya ekoran tempat terhad.



"Antara mesej utama Raikan Ilmu ialah pembelajaran boleh dijalankan pada bila-bila masa dan di mana sahaja.



"Meski dalam landskap sekarang, penting bagi kami terus memperhebat mesej ini dan menekankan bahawa pembelajaran perlu diteruskan tidak kira keadaan yang berlaku sekarang," katanya.



Tahun ini, satu laman mikro - raikanilmu.sg - telah diperkenal sejak 1 Oktober lalu, bagi memudahkan orang ramai mendapatkan butiran terkini mengenai program-program yang dijalankan.



Program yang diketengahkan memenuhi keperluan semua peringkat umur dan ini termasuk daripada perkongsian cerita bagi yang muda sehinggalah bengkel dalam talian 'Future of Series', bagi yang dewasa.



Pameran kerja dan mempertingkat kemahiran bagi pekerja juga turut diselitkan.



Menurut Cik Zuraidah, beliau berharap masyarakat akan merebut peluang ini untuk meraih kemahiran baru selain membina keupayaan dengan mengambil bahagian dalam program Raikan Ilmu yang relevan buat mereka selain mengongsi pengetahuan yang diraih.



Selain itu, Kotak Hadiah Raikan Ilmu yang diberikan secara percuma juga menarik minat ramai peserta dengan kesemua 10,000 set telah dihantar ke rumah mereka. Lagi 2,000 kotak sedang diusahakan bagi memenuhi permintaan yang tinggi.



Di samping program dalam talian, tahun ini Mendaki juga menugaskan terbitan sebuah sitkom yang ditayangkan khas di saluran Suria setiap Jumaat untuk mengongsi mesej Raikan Ilmu kepada masyarakat, yang mungkin tidak celik digital atau tidak mempunyai alat digital di rumah.



"Kami berharap pembelajaran tidak akan berhenti apabila kempen Raikan Ilmu ini berakhir pada akhir bulan ini.



"Sebaliknya, jadikan pembelajaran itu sebagai satu cara kehidupan.



"Kami berharap, Raikan Ilmu akan mewujudkan satu gerakan dalam masyarakat untuk mendakap pembelajaran sepanjang hayat sebagai sebahagian daripada budaya kita," ujar Cik Zuraidah lagi.




"Kami berharap pembelajaran tidak akan berhenti apabila kempen Raikan Ilmu ini berakhir pada akhir bulan ini.

Sebaliknya, jadikan pembelajaran itu sebagai satu cara kehidupan.

Kami berharap, Raikan Ilmu akan mewujudkan satu gerakan dalam masyarakat untuk mendakap pembelajaran sepanjang hayat sebagai sebahagian daripada budaya kita."

- Cik Zuraidah Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Mendaki.




LATAR BELAKANG



  • Kempen Raikan Ilmu mula dilancarkan pada 2016, sebagai satu daya usaha untuk mempromosikan budaya pembelajaran dalam kalangan masyarakat Melayu/Islam.

  • Yayasan Mendaki kemudian mengkhususkan Oktober sebagai bulan Raikan Ilmu.

DAYA USAHA BARU TAHUN INI



1. Kotak Hadiah Raikan Ilmu



- Pek menarik ini mengandungi pelbagai kegiatan untuk menarik penyertaan ramai dalam kegiatan yang disajikan sepanjang sebulan ini.



- Antara barang di dalam pek termasuk buku mewarna, kad kegiatan Bingo, dan penanda buku besi berani (bookmark magnet).



2. Laman Mikro Raikan Ilmu



Laman web khas bagi membolehkan peserta meneroka dan mengambil bahagian dalam pelbagai kegiatan pembelajaran dalam talian.



3. Waktu Raikan Ilmu (Raikan Ilmu Hour)



- Acara penutup Raikan Ilmu dengan adanya acara yang ditayangkan secara langsung dalam talian.



- Ia bertujuan menyatukan masyarakat daripada pelbagai kumpulan umur agar mengambil bahagian dan mengongsi pengetahuan selain menunjukkan komitmen mereka terhadap pembelajaran sepanjang hayat. Semua orang boleh menonton acara ini.



4. Siri Program Televisyen Setiap Minggu



- Siri empat episod di Suria berjudul LNS Kafe, merupakan pendekatan baru bagi menyebarkan mesej Raikan Ilmu selain memberi inspirasi kepada keluarga untuk mendakapi pembelajaran sepanjang hayat dan meraih kemahiran baru. Ia ditayangkan setiap Jumaat, dan berlangsung selama 30 minit.



5. Lagu Raikan Ilmu



- Lagu berjudul Sama Raikan ini digubah Encik Riduan Zalani daripada Nadi Singapura dengan kerjasama penulis lirik terkenal, Cik Hartinah Ahmad.



- Legenda Ramli Sarip turut membuat kemunculan dalam lagu ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >