Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Raikan Ilmu Mendaki tumpu rebut peluang dalam norma baru

Sep 11, 2021 | 05:30 AM



MENYUSULI kejayaan program Bulan Raikan Ilmu oleh Yayasan Mendaki yang diadakan secara dalam talian dan mampu menarik 24,000 penyertaan tahun lalu, badan bantu diri itu akan mengambil pendekatan serupa bagi kempen tahun ini.



Membentangkan rancangan bagi Bulan Raikan Ilmu tahun ini dalam sidang media di Wisma Mendaki semalam, Timbalan Pengerusi Mendaki, Encik Zaqy Mohamad berkata, masyarakat telah menyesuaikan diri dengan pembelajaran di dalam talian dengan baik.



Sekitar 30 peratus kegiatan dan acara fizikal atau hibrid akan diperkenal semula sempena Bulan Raikan Ilmu yang akan berlangsung sepanjang bulan depan.



Tahun lalu, ia dapat menarik kira-kira 21,000 tontonan bagi acara yang disiarkan secara langsung itu.



Oleh itu, mereka boleh menjangkakan pelbagai kegiatan dan acara baru di dalam talian juga dari 2 hingga 30 Oktober nanti.



Encik Zaqy yang juga Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia) berkata, tema Bulan Raikan Ilmu tahun ini, iaitu 'Raihkan Peluang', membina daripada tema tahun lalu, iaitu 'Cintakan Ilmu, Perkukuhkan Daya Tahan'.



Kalau tahun lalu kempen itu mengajak masyarakat cintakan ilmu dalam norma baru di tengah-tengah pandemik serta mengukuhkan daya tahan dan kerelevanan dengan menambah pengetahuan, usaha merebut seberapa banyak peluang yang wujud hasil Covid-19 kini dapat membina asas daya tahan itu, ujarnya.



"Kami harap ibu bapa berupaya meraihkan peluang untuk menyediakan sekitaran awal bagi anak mereka meningkatkan lagi tahap pembelajaran dan juga pembangunan.



"Pelajar dan belia juga (diharap dapat) memanfaatkan laluan pembelajaran yang pelbagai untuk memupuk dan mencapai aspirasi mereka.



"Bagi pekerja, kami ingin mereka memanfaatkan pelbagai inisiatif yang ada untuk mereka meningkatkan lagi kemahiran mereka dan memperolehi kemahiran baru atau mendapatkan pekerjaan dalam sektor yang berkembang," ujar Encik Zaqy.



Tambahnya, mesej ini akan ditekankan menerusi pelbagai acara, kegiatan dan daya usaha oleh Mendaki dan rakan kerjanya.



Bulan Raikan Ilmu diperkenal pada 2019 untuk memupuk masyarakat mencintai dan membudayakan pembelajaran sepanjang hayat.



Ketua Pegawai Eksekutif Mendaki, Cik Zuraidah Abdullah berkata, kebanyakan program tahun ini akan terus berlangsung di dalam talian manakala ada yang akan berlangsung secara hibrid, bergantung pada langkah pengurusan selamat.



"Ini akan memastikan program kami dapat terus diikuti kebanyakan masyarakat pada bila-bila masa dan di mana mana," ujar beliau.



Meskipun sudah terdapat pelbagai usaha oleh pemerintah dan Mendaki untuk membantu pelajar mendapatkan akses kepada alat digital dan Internet di rumah, Encik Zaqy berkata mereka yang masih memerlukan bantuan mengikuti program itu di dalam talian juga boleh menghubungi Mendaki.



Antara rakan kerja Mendaki yang akan mengendalikan program semasa Bulan Raikan Ilmu tahun ini ialah pengasas Poppet, Cik Norlin Samat, 45 tahun, dan pengasas Longkang Adventures, Encik Nur Akasha Abdul Rahman, 36 tahun.



Cik Norlin antara lain akan mengendalikan sesi interaktif dalam talian dengan aktiviti bercerita, menyanyi bersama dan kraftangan bagi ibu bapa dengan anak mereka yang berusia antara tiga hingga tujuh tahun.



Sementara itu, Encik Nur Akasha pula akan mengendalikan program bagi kanak-kanak berumur empat hingga 12 tahun dan program kepimpinan bagi remaja 15 hingga 17 tahun.




SEKILAS PROGRAM BULAN RAIKAN ILMU MENDAKI



ACARA UTAMA



  • Anugerah Mendaki dan pelancaran Raikan Ilmu 2021 - 2 Oktober

  • Membaca Di Bawah Bintang - 9 Oktober

  • Finale Raikan Ilmu 2021 - 30 Oktober

Laman mikro Raikan Ilmu



  • www.raikanilmu.sg

  • Ciri e-ikrar membolehkan masyarakat membuat komitmen terhadap pembelajaran sepanjang hayat

BAGI KELUARGA DENGAN ANAK KECIL DAN ANAK YANG MASIH BERSEKOLAH



  • Membaca @ Sekolah (pusat prasekolah PCF, tadika masjid)Sesi Bercerita Interaktif Di Dalam Talian

  • ePlayfest (kegiatan pendidikan sains, teknologi, kejuruteraan, seni dan matematik, atau Steam)

  • Memancing di longkang

  • Li Taarafu - Bulan Kesedaran Keperluan Khas

  • Lawatan Warisan "Hang Nadim Sya'ir"

BAGI PELAJAR DAN BELIA



  • E-sukan

  • Aktiviti memanjat tembok batu

  • Kit Sains Di Rumah 3M

  • Siri dan Seminar Next Stop

  • Melabur Dalam Dunia dan Akhirat

  • Longkang Adventures

BAGI PEKERJA DAN DEWASA



  • Pameran pekerjaan di dalam talian (majikan dalam sektor penjagaan kesihatan dan khidmat sosial; logistik dan pengangkutan; teknologi kewangan (fintech); keselamatan dan keselamatan siber)

  • L.N.S Kafe musim kedua (episod mingguan di Suria mengenai pembelajaran sepanjang hayat dan meningkatkan daya kerja)




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >