Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Raja sehari tak kisah naik 'teksi pengantin'

Hadiah pak cik pemandu teksi bantu anak saudara dan suami jimat lebih $1,000
Apr 29, 2021 | 05:30 AM



LAZIMNYA, kereta mewah menjadi pilihan sebagai kereta pengantin pada hari pasangan menjadi raja dan permaisuri sehari.



Tetapi lain daripada lain, kereta pengantin pasangan Cik Syarinah Sani, 28 tahun, dan Encik Fahrul Razi Kamsani, 29 tahun, ialah - sebuah teksi.



Pada mulanya, Cik Syarinah tidak terlalu memikirkan sangat tentang kereta pengantin bagi majlis perkahwinan mereka pada 13 Mac lalu.



Tetapi setelah pak cik beliau, Encik Abdul Aziz Talibak, menawarkan teksinya dijadikan kereta pengantin, Cik Syarinah dan Encik Fahrul Razi bukan sama-sama menerimanya saja, bahkan penuh gembira.



Indah dihiasi reben putih, teksi ComfortDelGro yang menjadi sumber rezeki Encik Abdul Aziz itu dimanfaatkan bagi membawa pasangan pengantin itu ke sana sini.



Ketika dihubungi Berita Harian, Cik Syarinah berkata pak ciknya bukan menawarkan teksinya sebagai kereta pengantin saja malah dirinya sebagai pemandu mempelai.



"Sebenarnya, kami tidak memikirkan sangat tentang kereta pengantin memandangkan tempat persandingan kami hanya satu.



"Justeru, apabila pak cik saya menawarkan teksinya, kami agak terkejut tetapi pada masa sama berasa ia suatu perbuatan menyentuh hati dan bermakna buat kami," ujar Cik Syarinah.



Beliau menyifatkan pak ciknya sebagai seseorang yang tidak berkira dan selalu mengutamakan keluarga.



Cik Syarinah menambah bahawa beliau tidak kisah jenis kereta yang digunakan sebagai kereta pengantin kerana fungsinya tetap sama, sebagai pengangkutan.



"Saya tidak lihat teksi sebagai kurang nilainya berbanding kereta lain kerana ia tetap menjalankan fungsinya, iaitu membawa penumpang dari tempat ke tempat.



"Lagipun, ia dipandu oleh pak cik saya, yang bangga menjalankan pekerjaannya," ujar beliau, yang merupakan seorang pendidik.



Menurut Cik Syarinah, disebabkan jasa baik pak ciknya, beliau suami isteri menjimatkan lebih $1,000 kerana tidak perlu menyewa kereta dan pemandu.



Untuk membuat teksinya kelihatan cantik membawa pengantin, Encik Aziz menggunakan duitnya sendiri bagi mendapatkan khidmat reka hias untuk memperindah kenderaan itu.



Menurut Encik Aziz, yang menjadi pemandu teksi sejak 2011, beliau meminta izin ComfortDelGro untuk menjadikan teksinya kereta pengantin dan meminta kelulusan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) sehari sebelum majlis persandingan. Kelulusan diberi hari itu juga.



Bagi pemandu teksi berusia 51 tahun itu, khidmatnya kepada Cik Syarinah ialah hadiah daripada seorang pak cik kepada anak saudaranya.



"Sewa kereta di luar mahal, lagi-lagi bersama pemandu. Jadi saya nak buat beliau gembira dan membantunya berjimat.



"Kalau ada ahli keluarga kita ingin berkahwin, kita boleh pinjamkan kereta kita sebagai hadiah persandingan mereka, melainkan kalau pasangan itu ada kemampuan dan ingin sewa kereta lain.



"Tidak perlu boros, yang penting ialah perkahwinannya kekal," kata beliau.




Saya tidak lihat teksi sebagai kurang nilainya berbanding kereta lain kerana ia tetap menjalankan fungsinya, iaitu membawa penumpang dari tempat ke tempat. Lagipun, ia dipandu oleh pak cik saya, yang bangga menjalankan pekerjaannya.
– Cik Syarinah Sani, yang berumah tangga bulan lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >