Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: SEMANGAT ANAK WATAN

Rajin berkursus agar badan dan minda kekal aktif

Dec 31, 2021 | 05:30 AM



SEDANG ramai orang seusianya mula menimbangkan untuk 'menekan brek' dan memerlahan rentak kehidupan mereka setelah bertahun-tahun bekerja dan membesarkan anak-anak, Cik Shareefa Beebi pula sebaliknya.



Beliau "tidak mahu duduk diam" dan sentiasa menyibukkan diri dengan pelbagai kegiatan bagi memastikan minda dan tubuhnya kekal aktif.



Ini termasuk mengikuti pelbagai kursus, seperti kelas membuat aiskrim, yang diikutinya hujung tahun lalu.



Kursus sehari yang diikutinya di bawah Akademi Warga Emas Nasional (NSA) itu dijalankan di Politeknik Nanyang.



Ibu tiga anak berusia 56 tahun itu berkata beliau mengikuti kursus tersebut bagi membantu anak keduanya dalam perniagaannya.



Cik Shareefa membantu anaknya itu dalam perniagaan dalam talian menjual acai, sejenis pencuci mulut yang diperbuat daripada beri acai, sejak tahun lalu.



Tugasnya termasuk membuat acai dan menghantar tempahan pelanggan.



"Anak saya merancang membuka kedai menjual lebih banyak pencuci mulut selain acai, seperti gelato dan aiskrim. Jadi saya ikuti kursus membuat aiskrim supaya saya dapat memahami proses menghasilkan aiskrim, sekiranya pada masa akan datang saya mahu menghasilkan perisa sendiri, seperti cempedak dan durian," kata Cik Shareefa.



"Kursus ini sangat saintifik. Ia mengajar tentang suhu yang perlu untuk membuat aiskrim. Ia juga mengajar cara membuat aiskrim menggunakan mesin dan juga secara manual kerana tidak ramai orang mempunyai mesin itu kerana harganya agak mahal," tambahnya.



Menurut Cik Shareefa, proses membuat acai dan aiskrim agak serupa, walaupun acai tidak menggunakan krim dan hanya menggunakan beri.



Beliau juga mengikuti kursus membuat kek dan memasak. Pada masa akan datang beliau berharap dapat meningkatkan kemahiran komputernya, seperti melakukan suntingan video.



Beliau melihat kemahiran itu sebagai penting dalam memainkan peranannya sebagai relawan di Persatuan Khidmat Sosial India Muslim yang mempunyai lebih 350 relawan.



"Bagi menjangkau suri rumah dan warga emas dalam persatuan kami, kami membuka saluran YouTube untuk mengadakan acara atau demonstrasi membuat kek atau memasak.



"Jadi saya mahu belajar cara melakukan suntingan video supaya saya juga dapat menghasilkan video bermutu," kata Cik Shareefa, yang pernah menjadi pengerusi persatuan itu.



Beliau menyumbang masa dan tenaga di persatuan itu sejak lebih 20 tahun lalu, setelah berhenti kerja untuk menjaga anak-anaknya.



Menjadi relawan juga merupakan cara beliau memastikan mindanya kekal aktif.



"Saya tidak menganggap diri saya sebagai warga emas kerana saya ada semua perkara ini dalam hidup saya. Saya takut kalau tidak aktif, nanti macam-macam penyakit akan datang, baik penyakit fizikal mahupun mental," katanya.




ANTARA KEGIATAN DAN KURSUS UNTUK WARGA EMAS



Bengkel Pembiakan Tanaman Rumah



Tarikh: 15 Januari 2022

Masa: 2 - 3.45 petang

Yuran: $65



Belajar seni dan sains pembiakan tanaman, dan kembangkan koleksi tanaman rumah anda!



Peserta berpeluang mengenali bahagian berbeza tanaman dan pelajari dua kaedah pembiakan, iaitu melalui tangkai dan daun.



Pembaikan Perabot dan Fabrik



Tarikh: 5 Mac 2022

Masa: 7 jam dalam 1 sesi

Yuran: $51.30 (Boleh guna Kredit SkillsFuture)



Peserta dapat mempelajari cara memperbaiki masalah yang biasa dialami berkaitan perabot dan fabrik, termasuk kusyen dan beg, memperbaiki engsel, menggantikan tombol pintu dan banyak lagi.



Cara memulakan Perniagaan Makanan dari Rumah



Tarikh mula: 8 Januari 2022

Masa: 16 jam dalam 4 sesi

Yuran: $110 (Boleh guna Kredit SkillsFuture)



Kursus ini merangkumi pelbagai isu, pertimbangan dan memberi maklumat dan idea berguna bagi membolehkan mereka yang ingin mempunyai perniagaan rumah kecil mereka sendiri mengorak langkah menuju kejayaan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >