Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Rakam video dalam skirt penumpang: Pemandu teksi pernah lakukan dua kali

Jan 04, 2016 | 12:41 PM



SEORANG pemandu teksi yang merakam video dalam skirt seorang penumpang wanita tertidur, berbuat demikian setelah terlepas daripada hukuman bagi jenayah sama terhadap dua lagi mangsa dalam tempoh dua bulan sebelum itu.


Ini dikatakan seorang hakim semasa menjelaskan mengapa pemandu teksi itu dihukum penjara empat bulan, dalam alasan penghakiman beliau minggu lalu.


Menekankan bahawa mesej daripada hukuman tersebut lebih mendesak sekarang dengan "percambahan perkhidmatan ala teksi" berasas bayaran, dan permintaan pantas bagi perkhidmatan tersebut, Hakim Daerah Ronald Gwee menegaskan mahkamah akan mengendalikan kesalahan itu dengan tegas.


Pemandu teksi Tan Swee Pheng, 60 tahun, mengaku membuat rakaman itu menggunakan telefon bimbitnya pada 28 September lalu.


Wanita tersebut tertidur dalam perjalanan ke Raffles Place. Apabila sedar 15 minit kemudian, beliau terkejut melihat tangan kiri Tan terjangkau ke belakang untuk mengambil video bawah skirt beliau menggunakan telefon bimbit.


Tan, yang merayu terhadap hukuman dan kini bebas dengan ikat jamin $20,000, merayu agar didenda daripada dipenjara.


Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Crystal Tan berhujah mengenai pelbagai faktor teruk yang mewajarkan hukuman penjara pencegahan.


Tan mengaku melakukan dua kesalahan sama dalam tempoh dua bulan sebelum kejadian tersebut, yang diambil kira semasa hukuman dijatuhkan.


Menolak hukuman denda "betul-betul tidak sesuai dan tidak mencukupi", Hakim Gwee berkata "sembarang pemandu teksi berfikiran sama dan pemandu lain yang membawa penumpang dengan mengenakan bayaran, yang berfikiran sama perlu dihalangi".




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >