Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Rakaman video beberapa pelajar dipercayai dari Poly Ngee Ann buli 2 lelaki tersebar di media sosial

Mar 24, 2021 | 05:30 AM



SATU video yang melibatkan beberapa pelajar dipercayai daripada Politeknik Ngee Ann (NP) mengganggu antara satu sama lain telah disebarkan.

Klip video yang dihantar kepada akhbar The Straits Times (ST) kelmarin menunjukkan sekumpulan lelaki berkemeja-T hitam sedang mengencingkan dua lelaki lain yang tidak berbaju di bilik mandi di kawasan sekolah itu.

Kededua lelaki itu disuruh menyangkung menghadap tembok bilik mandi itu.

Polis berkata mereka dimaklumkan mengenai satu insiden di 535 Clementi Road pada Isnin lalu pada sekitar 9.50 malam.

Dalam video yang juga telah disebarkan di beberapa wadah media sosial, salah seorang lelaki berbaju hitam menjerit, "Tidak boleh mandi!" apabila seorang mangsa cuba membersihkan dirinya.

Sekumpulan lelaki itu dipercayai terlibat dalam satu kegiatan membuli yang dipanggil "hazing" semasa satu perkhemahan suai kenal yang diadakan baru-baru ini, menurut ST.

Tidak jelas bila video itu disebarkan di media sosial, tetapi salah seorang yang terlibat mempunyai pelitup muka yang tergantung dari satu telinga.

Video tersebut telah menerima lebih 100 'Like' pada malam Isnin sebelum ia dibuang. Akhbar ST telah menghubungi NP untuk mendapatkan komen mengenai insiden tersebut.

Kejadian itu berikutan satu lagi insiden buli yang berlaku di Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej Central melalui satu video yang dirakam.

Dalam video yang tular di media sosial itu, seorang pelajar dilihat menahan pelajar lain sambil bertanya kepadanya berulang kali, "Ada apa dengan engkau?", dan kemudian memukul belakang kepala mangsa dan menendang betisnya.

Pelajar tersebut telah dibuang sekolah setelah pihak ITE menyelesaikan siasatannya terhadap kejadian itu.

Menurut pengetua ITE Kolej Central, Encik Suresh Natarajan, pihaknya memandang serius kes buli dan akan mengambil tindakan tegas ke atas kelakuan sebegitu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >