KEPUTUSAN PEPERIKSAAN GCE PERINGKAT 'A'
Rakan baik sejak kecil saling dorong demi capai keputusan cemerlang
Mar 04, 2015 | 05:40 AM
MUHAMMAD Naufal Zahin Azmi dan Arifin Mohamad Laili belajar dan bermain bersama, dari sekolah rendah, menengah hingga ke maktab rendah.
Walau laluan kehidupan dan perjalanan persekolahan tidak sepenuhnya sama, mereka berdua mengongsi kegembiraan ketika mendapat keputusan Peperiksaan Sijil Am Pelajaran (GCE) peringkat 'A' kelmarin.