RAKAN dan guru Allahyarhamha Majiidah Haji Khamsani (gambar) menyifatkan beliau sebagai seorang pelajar berpotensi tinggi dan rajin.
Pelajar jurusan pengurusan Islam Open Universiti Malaysia (OUM) berusia 21 tahun itu meninggal dunia setelah mengalami sesak nafas kelmarin semasa berada di Kuala Lumpur bersama keluarganya bagi majlis konvokesyen abangnya.