Covid-19: Abang, rakan sekerja felo penyelidikan kanan NUS antara 4 kes baru dalam masyarakat, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Setempat0

Covid-19: Abang, rakan sekerja felo penyelidikan kanan NUS antara 4 kes baru dalam masyarakat

Dua lagi kes masyarakat libatkan jurugambar S'pura, akauntan PR S'pura
Apr 17, 2021 | 11:41 PM

SEORANG jurugambar bebas warga Singapura adalah antara empat kes jangkitan Covid-19 dalam masyarakat yang baru dikenal pasti Kementerian Kesihatan (MOH) pada Sabtu (17 April).

MOH, dalam kenyataannya, menjelaskan lelaki berusia 35 tahun itu dikesan apabila menjalani ujian Covid-19 pada 15 April sebagai sebahagian protokol Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) dalam menguji askar kerahan yang bakal memulakan latihan dalam kem.

Ujian terkumpulnya pada 15 April disahkan positif Covid-19 dengan ujian swab individu dijalankan pada 16 April. Hasil ujian tersebut juga didapati positif Covid-19.

Jurugambar ini kemudian digegaskan ke Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit (NCID) dengan ambulans. Satu ujian dikendalikan Makmal Kesihatan Awam Nasional (NPHL) pada 16 April. Ia didapati negatif tetapi ujian lanjutan NPHL pada 17 April didapati positif Covid-19.

Ujian serologi lelaki itu juga positif, menandakan adanya jangkitan sebelum ini. Kes ini, jelas MOH, mungkin meluputkan cebisan kecil virus RNA daripada jangkitan lalu. Namun, memandangkan MOH tidak dapat merumuskan bila lelaki ini dijangkiti, langkah kesihatan awam yang sewajarnya diambil sebagai usaha berjaga-jaga.

Discover Malay Home Based Businesses

Satu lagi kes masyarakat melibatkan Penduduk Tetap (PR) Singapura berusia 41 tahun. Wanita ini bekerja sebagai akauntan di OM Universal Pte Ltd (11 Kaki Bukit Road 1). Beliau bagaimanapun tidak ke pejabat sejak wujudnya tanda-tanda jangkitan.

Wanita ini mula batuk pada petang 14 April selepas bertugas dan mendapatkan rawatan perubatan di klinik umum keesokan harinya, di mana beliau disahkan positif Covid-19. Ujian pada 16 April positif dengan beliau langsung dihantar ke NCID dengan ambulans.

Ujian serologinya masih menanti keputusan. MOH menambah salah seorang kontak isi rumahnya adalah pemegang pas kerja yang datang dari India pada 2 April dan disahkan positif Covid-19 pada 2 April lalu. Namun, lelaki itu kemudian disifatkan sebagai kes yang sudah pulih selepas ujian serologi yang dijalani mengesahkan demikian pada 4 April.

Sementara itu, satu lagi kes masyarakat melibatkan wanita warga Switzerland berusia 31 tahun yang memiliki pas kerja. Beliau adalah felo penyelidikan kanan di Universiti Nasional Singapura (NUS) serta rakan kerja kes yang dikenal pasti pada Jumaat (16 April).

Karyawan akademik ini berinteraksi dengan kes awal itu pada 12 April. Beliau mula sakit tekak pada 15 April tetapi tidak mendapatkan rawatan perubatan.

Namun, memandangkan wanita ini adalah kontak rapat felo penyelidikan kanan NUS yang berasal dari India itu, beliau dihubungi MOH pada 16 April dan dikenakan kuarantin. Kes ini kemudian melaporkan tanda jangkitan yang ada pada dirinya dan langsung dikejarkan ke Hospital Besar Ng Teng Fong dengan ambulans. Di sana, beliau didapati positif Covid-19.

Ujiannya disahkan pada 16 April dengan hasil ujian serologi masih lagi dinantikan.

Satu lagi kes masyarakat, tambah MOH, melibatkan warga India yang juga pemegang pas kerja. Beliau adalah abang kepada felo penyelidikan kanan yang disahkan positif Covid-19. Mereka berdua tinggal bersama di bawah satu bumbung.

Kali terakhir kes yang bertugas di DBS Bank (2 Changi Business Park Crescent) ke pejabat adalah antara 6 dengan 9 April. Memandangkan beliau dikenal pasti sebagai kontak rapat adiknya, beliau dikuarantin di rumah pada 15 April. Sehari selepas itu, beliau didapati demam dan dihantar ke NCID menerusi ambulans setelah beliau melaporkan kepada MOH tanda jangkitan yang dihadapi.

Hasil ujian yang dijalani didapati positif Covid-19 pada 17 April. Ujian serologinya masih menanti keputusan. Siasatan epidemiologi pula masih diteruskan. Justeru, semua kontak rapat empat kes ini yang dikenal pasti termasuk anggota keluarga dan rakan sekerja telah diasingkan dan dikuarantin.

Dalam pada itu, 35 kes import turut dikenal pasti pada Sabtu. Lima daripadanya adalah warga Singapura manakala lima lagi adalah PR Singapura yang pulang dari Brazil, Mesir, India, Indonesia dan Liberia.

Empat kes lain pula adalah pemegang pas tanggungan yang datang dari Nepal. Seorang pemegang pas pelajar dan seorang pemegang pas kerja, kedua-duanya dari India turut disahkan positif Covid-19.

Sebahagian besar kes import ini pula terdiri daripada 17 pemegang permit kerja dari Bangladesh, India, Indonesia dan Filipina. Lapan daripada mereka adalah pembantu rumah asing.

Dua kes pula adalah pemegang pas lawatan jangka pendek. Salah seorang daripada mereka tiba dari Bahrain bagi tugasan kerja di Singapura manakala satu lagi kes tiba dari India bagi mengunjungi anggota keluarganya, seorang PR Singapura.

 

 

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Try the new Halal Food Map