Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23

Rakyat bersatu bertafakur selama seminit

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Rakyat bersatu bertafakur selama seminit

Mar 29, 2015 | 07:25 PM

DARIPADA stesen MRT hingga ke pusat pertukaran bas, rumah dan balai rakyat, rakyat Singapura bersatu bertafakur selama seminit sebagai menghormati pemergian perdana menteri pengasas, mendiang Encik Lee Kuan Yew, petang tadi.

Bunyi semboyan serata pulau 'menghubungkan' mereka yang tidak menyaksikan upacara pengebumian negara mendiang Encik Lee dengan sekitar 2,200 hadirin yang berada di Pusat Budaya Universiti (UCC) untuk upacara itu.

Ramai yang lain pula mengikutinya secara langsung di televisyen dan secara dalam talian.

Ramai yang berada di luar rumah menghentikan kegiatan dilakukkannya untuk bertafakur selama seminit, termasuk mereka yang membawa beg-beg di pusat-pusat membeli-belah seperti Raffles City dan bas-bas konduktor di pusat pertukaran Toa Payoh.

Khidmat kereta api MRT juga berhenti seminit untuk memberi penghormatan.

Di pusat beli-belah Junction 8 di Bishan, orang ramai berhenti dan berdiri di depan skrin besar di luar stesen MRT.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3