Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Rakyat Malaysia di Singapura digesa ambil langkah cegah Zika

May 16, 2016 | 12:04 PM



SEGAMAT: Ratusan ribu rakyat Malaysia yang memasuki Singapura setiap hari untuk bekerja diminta mengambil langkah pencegahan tambahan memandangkan kes Zika pertama telah dilaporkan di republik itu.

Menteri Kesihatan, Dr S. Subramaniam, menasihatkan mereka yang berulang-alik ke republik itu supaya memakai baju lengan panjang dan menggunakan penghalau nyamuk mencukupi bagi melindungi diri mereka daripada nyamuk Aedes.

"Walaupun mengambil masa dua hingga tiga minggu untuk pihak berkuasa Singapura memastikan di mana pesakit tersebut dijangkiti penyakit itu, tiada salahnya mengambil langkah-langkah pencegahan awal," katanya kepada pemberita pada Ahad (15 Mei) selepas menyambut Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, yang singgah di Taman Yayasan sini sebagai sebahagian daripada Kembara Mahkota Johor, ekspedisi keluarga diraja ke setiap daerah di negeri itu.

Dr Subramaniam berkata kementerian itu juga telah mengarahkan Jabatan Kesihatan Awam di Johor Baru supaya meningkatkan usaha memerangi nyamuk Aedes, pembawa denggi dan Zika.

Beliau berkata beribu-ribu orang boleh meletak Johor dalam risiko kerana lokasi geografi negeri ini, tetapi risiko boleh dikurangkan dengan usaha pencegahan betul.

Mereka yang menunjukkan gejala seperti demam dan ruam perlu mendapatkan bantuan perubatan dengan segera, katanya.

Kes jangkitan virus Zika import pertama dilaporkan di Singapura pada Jumaat (13 Mei).

Pesakit seorang lelaki Penduduk Tetap (PR) Singapura berusia 48 tahun yang pergi ke Sao Paulo, Brazil, dari 27 Mac hingga 7 Mei.

Beliau mengalami demam dan ruam dari Selasa lalu dan dimasukkan ke Hospital Novena Mount Elizabeth pada Khamis dan diasingkan. - The Star/Asia News Network




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >