Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Rakyat M'sia mahu kerajaan hurai kenaikan harga, bukan beri bantuan saja

Jun 24, 2022 | 05:30 AM



PETALING JAYA: Rakyat menggesa kerajaan Malaysia memberi tumpuan lebih pada isu kenaikan harga barang ketika ini, daripada setakat memberi bantuan



Perkara itu diluahkan melalui sekitar 3,100 komen orang ramai di Facebook Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, menyusuli satu susulan pengumuman khas berkaitan subsidi.



Kelmarin, kerajaan mengumumkan pemberian tunai tambahan menerusi Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) kepada golongan B40 yang terkesan oleh kos sara hidup susulan tiada subsidi harga ayam, telur dan kenaikan harga barang.



Penerima layak akan menerima bayaran secara berperingkat mulai Isnin ini, dengan jumlah peruntukan sebanyak RM1.74 bilion.



Golongan B40 merangkumi isi rumah berpendapatan di bawah RM4,850 ($1,530) sebulan.



Datuk Ismail berkata BKM, yang diberikan dalam Belanjawan 2022, membawa manfaat kepada 8.6 juta penerima, merangkumi empat juta isi rumah, 1.2 juta warga emas (bujang atau tiada pasangan) dan 3.4 juta individu bujang.



Isi rumah kepada golongan B40 akan mendapat sebanyak RM100 manakala golongan bujang mendapat RM50.



Dengan ini, isi rumah menerima hingga RM2,500 tahun ini.



Menurut Datuk Ismail, bantuan itu adalah yang tertinggi yang diberikan oleh kerajaan setakat ini.



"Mengambil kira cabaran kos sara hidup dan kenaikan harga barang makanan kebelakangan ini, kerajaan mengambil keputusan menyediakan bantuan tunai tambahan kepada golongan B40 sebanyak RM100 untuk golongan isi rumah dan RM50 untuk golongan bujang.



"Bayaran Fasa 2 BKM membabitkan peruntukan sebanyak RM1.11 bilion dan setiap penerima BKM menerima sehingga RM400 mengikut kategori kelayakan BKM masing-masing.



"Setiap penerima BKM bakal menerima sehingga RM500 mengikut kategori kelayakan dan bantuan tunai tambahan dibayar bersekali dengan bayaran Fasa 2 BKM membabitkan tambahan peruntukan sebanyak RM630 juta," katanya dalam satu sidang media khas yang disiarkan secara langsung kelmarin.



"Pembayaran itu juga bagi meringankan beban kewangan golongan B40, terutamanya dalam menyambut Hari Raya Aidiladha tidak lama lagi," katanya.



Beliau juga berkata kerajaan sentiasa cakna mengenai keperluan semasa, terutamanya membabitkan kenaikan harga barang keperluan dan akan terus komited dalam memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia, terutamanya kumpulan sasar.



Pengumuman mengenai bantuan wang tunai tambahan itu mendapat pelbagai reaksi rakyat Malaysia.



Dalam ruangan komen Facebook Perdana Menteri itu, rata-rata orang ramai mahu kerajaan turut memberi fokus pada isu kenaikan harga barang dan kesan jangka panjangnya, selain pemberian bantuan, lapor Kosmo!



"Memang bersyukur juga ada bantuan tapi kalau barang selalu naik, dengan kos sara hidup semakin meningkat boleh sesak nafas juga setiap hujung bulan," kata pengguna Facebook Yus dalam ruangan komen akaun Facebook itu.



Seorang lagi pengguna Facebook, Syed Al Murshi, menulis:



"Persoalannya apa usaha dari pihak kerajaan dalam mengawal kenaikan harga ? Itu yang rakyat nak lihat dan kerajaan dapat membuktikan dengan tindakan bagi membendung kenaikan harga."



Penulis Facebook Apis pula menulis:



"Kalau tiap bulan dapat bantuan tidak mengapa, tapi kami makan hari-hari. Harga barang kerap naik, bantuan diberi cuma sekali. Mana cukup." - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >