Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Rakyat perlu jalani hidup sihat, tangani kencing manis

Aug 20, 2017 | 09:05 PM



RAKYAT Singapura digalak menikmati kehidupan yang sihat, menjalani pemeriksaan kesihatan secara kerap, demi mengetahui sama ada mereka menghadapi penyakit kencing manis atau berisiko menghadapinya.



Menggesa demikian, Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata rakyat tidak harus bersikap tidak ambil tahu.



"Anda mesti tahu keadaan diri anda kerana jika anda tahu, anda boleh berbuat sesuatu.



"Ambil peluang menjalani pemeriksaan kesihatan yang diadakan di acara-acara kemasyarakatan atau pemeriksaan bersubsidi di bawah prigram Pemeriksaan untuk Hidup," gesanya.



Encik Lee juga dalam ucapannya menyatakan masyarakat tidak harus berhenti di situ sahaja, tetapi jika mengetahui ada sesuatu yang tidak kena menerusi hasil pemeriksaan itu, mereka harus berjumpa doktor.



"Anda harus mengambil ubat yang diberikan doktor. Doktor tentunya mahu anda lebih bersenam. Dan untuk itu, saya ingin menyarankan kepada anda untuk berbuat demikian kerana ia membantu mengurangkan kadar gula dalam darah dan mengurangkan tekanan darah selain ia membantu menurunkan berat badan anda," katanya.



Menekankan tentang masalah yang kritikal ini, Encik Lee menjelaskan bahawa sedang warga hidup sehingga usia 82 tahun, secara purata mereka mengalami penyakit selama lapan tahun semasa hari tua.



"Lapan tahun adalah satu tempoh yang panjang untuk anda berada dalam keadaan sakit.



"Ia adalah satu yang sukar untuk warga tua dan keluarga mereka juga. Apakah punca sakit yang dihadapi ini? Kencing manis.



"Malang sekali, Singapura berada di belakang Amerika Syarikat dalam masalah ini.



"Secara keseluruhannya, satu dari setiap warga Singapura mengalami kencing manis dan keadaan ini meningkat sedang anda meningkat usia.



"Jika anda sebaya saya, lebih 60 tahun, 3 dari setiap 10 mengalami kencing manis.



"Memandangkan kebanyakan warga Singapura bakal mencecah usia 60 tahun, ramai diantarakita menghadapinya," katanya.



Memberikan perincian lanjut, Encik Lee berkata, jika diteliti mengikut kaum, 2.5 dari setiap 10 orang Cina berusia 60 tahun ke atas mengalami kencing manis.



Di kalangan masyarakat Melayu pula, lima dari setiap 10 manakala di kalangan orang India, enam bagi setiap 10.



"Jadi ia adalah satu masalah yang sangat serius untuk orang Melayu dan India, ia sebenarnya satu krisis kesihatan," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >