Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PEMBUKAAN SEMPADAN

Rakyat SG kini sedia dan tenang melancong

Apr 25, 2022 | 05:30 AM



EJEN pelancongan di sini telah melihat kelonjakan besar dari segi pertanyaan dan tempahan bagi mereka yang mahu mengunjungi negara-negara di seluruh dunia yang membuka semula sempadan antarabangsa untuk pelancong yang divaksin sepenuhnya.



Menurut beberapa ejen pelancongan setempat yang dihubungi, sebahagian besar pertanyaan dan tempahan melibatkan mereka yang bercadang melancong pada cuti Jun dan Disember tahun ini.



Sejak dua minggu lalu, Pengarah TravelConnect.sg, Ustaz Mohamed Nafis Abdul Rahman, berkata mereka telah menyaksikan peningkatan sebanyak 70 peratus dalam jumlah tempahan bagi pelancongan tahun ini.



"Sejak pembukaan semula sempadan negara baru-baru ini, kami menerima panggilan dan sambutan yang amat menggalakkan.



"Tanpa dijangkakan, keberangkatan bulan November dan Disember sahaja sudah hampir penuh pada semua tarikh keberangkatan umrah yang kami tawarkan.



"Ini menunjukkan bahawa masyarakat kita sudah bersedia dan lebih yakin untuk melancong ke luar negara dengan tenang," katanya.



Di samping itu, Ustaz Nafis turut berkata beliau menerima banyak permintaan untuk membuka pakej pelancongan lain seperti ke Eropah, Balkans, Dubai dan Korea Selatan sepertimana mereka pernah tawarkan sebelum ini.



Turut menyaksikan trend memberangsangkan ialah Pengarah Hamidah Travel and Tours, Encik Badruzzaman Abdul Majid.



Menurut beliau, firmanya telah menerima peningkatan 30 peratus dari segi pertanyaan untuk melancong.



Dengan penarikan keperluan kuarantin di banyak negara lain, Encik Badruzzaman berkata ia mengalakkan lebih ramai orang untuk melancong.



"Ramai antara mereka yang sudah membuat tempahan untuk cuti sekolah Jun dan Disember adalah keluarga dengan anak-anak mereka.



"Perkara yang paling penting bagi ramai, saya rasa adalah penarikan balik kuarantin yang membuat banyak perubahan kepada industri kita, kerana pelanggan-pelanggan kami tidak perlu mengambil cuti tambahan untuk kuarantin," jelasnya.



Meskipun kini menawarkan pakej umrah dan wisata ke Turkey, Istanbul, Encik Badruzzaman berkata mereka akan menawarkan lebih banyak pakej berlainan termasuk pelancongan ke Indonesia, Vietnam, Sepanyol dan Maghribi.



Sejak pengumuman pemerintah untuk beralih kepada Rangka Kerja Perjalanan bagi yang Sudah Menjalani Vaksinasi (VTF), Trip.com telah menyaksikan peningkatan mendadak sebanyak 200 peratus dalam carian penerbangan dan hotel pada bulan ini berbanding kepada bulan lalu.



"Peningkatan minat melancong ini berkemungkinan disebabkan oleh sekatan untuk perjalanan dalam tempoh dua tahun yang lalu, serta langkah berkaitan perjalanan yang dipermudahkan," kata jurucakap Trip.com.



Di tanya apa antara keprihatinan pelanggan, jurucakap Trip.com berkata kebanyakan pertanyaan berkaitan dengan keperluan berkaitan perjalanan.



"Walaupun ramai pelanggan masih memantau keadaan serta memahami keperluan khusus berkaitan perjalanan, kami menjangkakan peningkatan lanjut dalam pertanyaan dan tempahan dalam beberapa minggu akan datang menjelang cuti semester sekolah yang bermula pada akhir Mei.



"Antara perkara yang dipertimbangkan termasuk kos ujian Covid-19 serta sama ada tarikan dan kedai di destinasi sasaran mereka dibuka," tambah jurucakap Trip.com.



Satu lagi ejen pelancongan, Sha Travel & Tours, pula masih memantau keadaan sebelum menawarkan pakej-pakej pelancongan kepada pelanggannya.



Cik Siti Faridahanim Hashim, pemilik Sha Travel & Tours, berkata:



"Saya tidak dapat memberi sebarang maklumat lagi walaupun terdapat banyak pertanyaan tentang pakej yang kami tawarkan.



"Mujur, keadaan semakin pulih tetapi, keadaan sekarang tidak menentu dan kita tidak tahu sekiranya terdapat sebarang pertukaran dari segi undang-undang dalam masa akan datang."



Namun begitu, Cik Faridahanim tetap bersikap positif untuk terus mempelajari tentang undang-undang beberapa negara lain dan menawarkan pakej pelancongan yang menarik dan holistik bagi pelanggan pada masa akan datang.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >