Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Rakyat SG tidak harus lumpuh kerana takut walau keadaan tidak menentu dek Covid-19: Presiden Halimah

Dec 30, 2021 | 05:30 AM



MESKIPUN menghadapi ketidakpastian disebabkan Covid-19, rakyat Singapura boleh berasa yakin dan tidak harus dilumpuhkan oleh ketakutan, kerana keadaan semakin baik, kata Presiden Halimah Yacob dalam Amanat Tahun Baru beliau semalam.



Beliau menyeru rakyat supaya menunjukkan daya tahan agar kedua-duanya, rakyat Singapura dan ekonomi negara, dapat bangkit, dalam ucapan yang dimuat naik di Facebook.



"Saya tahu ramai orang letih dan mendambakan keadaan kembali normal… tetapi kita masih menghadapi ketidakpastian, terutama masih banyak tidak diketahui tentang varian Omicron," kata Puan Halimah.



Beliau memberi amaran virus itu akan terus memberi kejutan, walaupun perancangan dan persiapan rapi telah dibuat.



Puan Halimah berkata hingga hari ini tiada saintis atau pakar kesihatan dapat meramalkan atau menjelaskan dengan pasti punca jangkitan Covid-19 meningkat atau merosot sedunia.



"Kita harus sentiasa menjangka penularan ketara koronavirus ini akan berlaku, termasuk varian baru, dan bersedia menanganinya," kata Puan Halimah.



Bagaimanapun, rakyat Singapura boleh melangkah ke tahun baru dengan keyakinan, terutama dengan semua perkara positif yang berlaku sepanjang tahun ini.



Ini termasuk kadar vaksinasi tinggi dalam kalangan penduduk yang dicapai sejauh ini.



Sebanyak 88 peratus penduduk Singapura sudah mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 hingga semalam. Program vaksinasi negara juga telah diperluas kepada kanak-kanak.



"Kesan ke atas mereka yang sudah divaksinasi tidak begitu teruk berbanding mereka yang tidak divaksinasi, termasuk terhadap varian Omicron. Jadi, kita mesti meneruskan usaha vaksinasi dan suntikan penggalak," ujar Puan Halimah.



Beliau turut memuji perpaduan yang ditunjukkan rakyat Singapura. Walaupun menghadapi kesukaran, rakyat Singapura kekal sebagai sebuah masyarakat kuat dan bersatu padu dan umumnya menyokong langkah kesihatan awam bagi mencegah penularan, kata beliau.



Rakyat Singapura juga bernasib baik kerana sumber kewangan diurus dengan bijak kerana negara ini menggunakan rizab lalu bagi beberapa langkah sokongan, tambah Puan Halimah.



"Kita tidak perlu meminjam untuk membantu rakyat dan perniagaan kita. Dengan cara ini, kita tidak membebani generasi akan datang kita dengan beban hutang, situasi yang dihadapi banyak negara," ujar beliau.



Dalam amanatnya itu, Puan Halimah turut memberi penghormatan kepada penderma, sukarelawan dan pekerja sosial kerana meningkatkan usaha membantu golongan memerlukan dalam waktu sukar ini.



Petugas barisan hadapan tidak dilupakan Puan Halimah, yang mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana bekerja tanpa mementingkan diri sendiri demi memastikan sistem penjagaan kesihatan negara ini dapat berfungsi dengan baik dan rangkaian pengangkutan awam berjalan lancar.



"Sedang 2021 semakin berakhir, kita boleh menyingkap semula dengan penuh kepuasan usaha yang telah dilakukan dan melihat ke 2022 dengan rasa yakin," katanya.




"Saya juga berterima kasih kepada pekerja barisan hadapan kita yang bekerja tanpa mementingkan diri sendiri dan tanpa jemu bagi memastikan sistem penjagaan kesihatan kita berfungsi dengan baik, pengangkutan awam berjalan lancar, dan kita terus mendapat akses kepada kemudahan asas lain. Saya juga berharap kita akan terus menunjukkan sikap baik hati dan menyokong mereka yang menghadapi cabaran kesihatan mental."
- Presiden Halimah Yacob.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >