RAKYAT Singapura berusia 21 tahun dan ke atas dan telah berkahwin dengan bukan warga Singapura, kini layak mendapat geran perumahan tambahan sehingga $40,000 apabila mereka membeli flat jualan semula buat pertama kali.
Kriteria umur telah dikurangkan sejak Sabtu lalu (26 Oktober), menurut laporan The Straits Times (ST).
Sebelum ini, hanya mereka yang berusia sekurang-kurangnya 35 tahun layak mendapat Geran Perumahan CPF Yang Dipertingkatkan (Bujang) apabila mereka membeli flat jualan semula di bawah Skim Pasangan Bukan Warga, yang membenarkan rakyat Singapura yang mempunyai pasangan bukan warga atau penduduk tetap (PR) untuk membeli flat.
Geran itu akan dikira berdasarkan separuh dari pendapatan keluarga bulanan purata pasangan itu, bergantung kepada siling pendapatan sebanyak $4,500.