Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ralat

Jan 05, 2021 | 05:30 AM



DALAM infografik mengenai token TraceTogether di Muka 16 semalam, terdapat beberapa kesilapan yang dibuat.



Infografik itu menyatakan bahawa >50% jumlah penduduk telah mengambil token TraceTogether di kelab-kelab masyarakat. Sebenarnya, >50% penduduk di kawasan undi telah mengambil token TraceTogether di kelab-kelab masyarakat.



Infografik itu juga menunjukkan 5 juta token TraceTogether yang akan dikeluarkan dan diedarkan sebelum pertengahan Februari 2021. Sebenarnya, 5 juta token TraceTogether akan dikeluarkan dan diedarkan sebelum akhir Februari 2021.



Infografik di bahagian Soalan Sering Ditanya pula menyatakan lawati laman token.gowhere.sg dan masukkan poskod untuk mendapatkan maklumat lanjut, dan penduduk yang ingin mendapatkan token sebelum diedarkan oleh kawasan mereka boleh berkunjung ke pusat pengambilan yang telah dibuka.



Ini tidak tepat. Sebenarnya, pengambilan token akan dijalankan mengikut peringkat kawasan undi. Lawati laman token.gowhere.sg dan masukkan poskod untuk mendapatkan maklumat lanjut. Apabila stok sudah tersedia, kelab masyarakat yang sudah ditutup untuk pengambilan token akan dibuka semula secara berperingkat mulai Januari 2021. Tarikh pembukaan akan dikeluarkan sekurang-kurangnya tiga hari lebih awal.



Kami meminta maaf atas kesilapan ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >